KERATAN laporan Utusan Malaysia berhubung isu tuntutan waris kumpulan Sulu.

KERATAN laporan Utusan Malaysia berhubung isu tuntutan waris kumpulan Sulu.

KERATAN laporan Utusan Malaysia berhubung isu tuntutan waris kumpulan Sulu.
Waris Sulu tidak boleh rampas aset Malaysia – Mahkamah Rayuan The Hague

THE HAGUE: Mahkamah Rayuan Belanda menolak tuntutan yang dikemukakan oleh lapan waris Kesultanan Sulu yang memohon agar mahkamah itu mengesahkan keputusan Mahkamah Timbang Tara yang mengarahkan Malaysia membayar pampasan sebanyak AS$15 bilion.

Tahun lalu, Mahkamah Timbang Tara Perancis memutuskan waris terakhir Sultan Sulu di Filipina layak mendapat AS$14.9 bilion dalam pertikaian membabitkan perjanjian tanah yang berlaku sejak zaman kolonial.

Waris tersebut dilaporkan telah cuba untuk merampas aset kerajaan Malaysia yang berada di Perancis, Luxembourg dan Belanda, dalam usaha untuk menguatkuasakan keputusan mahkamah itu.



Malaysia, yang tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara tersebut, berkata proses itu menyalahi undang-undang.

Malaysia kemudian berjaya mendapatkan perintah penangguhan pelaksanaan penghakiman tersebut di Perancis tetapi keputusan itu tetap boleh dikuatkuasakan di luar negara di bawah perjanjian PBB berhubung timbang tara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




Pada September, waris meminta kebenaran daripada mahkamah Belanda untuk menguatkuasakan anugerah itu di Belanda, lapor Reuters.

Bagaimanapun, hakim Belanda dalam keputusan yang berpihak kepada Malaysia mengatakan perjanjian asal tidak mempunyai klausa yang mengikat pihak untuk timbang tara dan penggantungan yang diperolehi di Perancis tidak boleh dikuatkuasakan di Belanda, ujar Mahkamah Rayuan Belanda di laman webnya pada Selasa.

Tambah penghakiman itu lagi, ‘Mahkamah menolak permintaan warga Filipina’ dalam menuntut pelaksanaan penghakiman timbang tara.

Peguam bagi pihak yang menuntut masih belum memberikan sebarang maklum balas mengenai penghakiman Mahkamah Rayuan Belanda hari ini.



Pertikaian itu berpunca daripada perjanjian tahun 1878 di antara penjajah Eropah dan Sultan Sulu untuk menggunakan wilayahnya, yang merangkumi bahagian selatan Filipina dan Kepulauan Borneo yang kini berada dalam jajahan Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pimpinan PAS semakin ‘gila’ menjelang PRN


Malaysia setelah merdeka telah membayar sejumlah wang setiap tahun kepada waris Sultan Sulu sebagai tanda menghormati perjanjian itu tetapi berhenti pada 2013 selepas penyokong bekas kesultanan itu melancarkan serangan berdarah untuk menuntut semula tanah dari Malaysia.



Waris Sultan Sulu mendakwa mereka tidak terlibat dalam pencerobohan itu dan memohon timbang tara ke atas penggantungan pembayaran.

Bulan ini, mahkamah Paris mengekalkan rayuan kerajaan Malaysia terhadap penguatkuasaan pelaksanaan sebahagian daripada pampasan tersebut kepada waris Sultan Sulu.

Malaysia dalam satu kenyataan berkata keputusan itu membayangkan penghakiman akhir timbang tara akan dibatalkan. – REUTERS

KERATAN laporan Utusan Malaysia berhubung isu tuntutan waris kumpulan Sulu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button