Kes hubungan terlarang anak, bapa: Suspek tekap hidung 7 bayi hingga mati

Kes hubungan terlarang anak, bapa: Suspek tekap hidung 7 bayi hingga mati

Kes hubungan terlarang anak, bapa: Suspek tekap hidung 7 bayi hingga mati
SUSPEK kes hubungan terlarang dengan anak dan bunuh bayi di Banyumas, Jawa Tengah ditahan polis. – AGENSI

BANYUMAS: Polis mendedahkan bapa yang didakwa menjalin hubungan terlarang dengan anaknya membunuh kesemua bayi yang dilahirkan dengan menekap hidung mereka menggunakan kain sehingga mati.

Pasangan bapa dan anak itu ditahan polis selepas penduduk setempat menemukan sejumlah rangka bayi di kawasan kebun ketika melakukan proses meratakan tanah.

Terdahulu, media melaporkan hasil hubungan tersebut, anaknya melahirkan empat orang bayi.



Namun, berdasarkan soal siasat lanjut yang dilakukan, anak-beranak itu mengakui mereka sebenarnya melahirkan tujuh orang anak dengan kesemuanya mati dibunuh.

“Bapa dan anak itu memberitahu, mereka mula membunuh bayi-bayi yang dilahirkan bermula 2013 hingga 2021.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




“Si bapa menceritakan dia akan menekap hidung setiap bayi yang dilahirkan anaknya dengan kain sehingga mati.

Selain itu, Agus juga memberitahu, daripada tujuh bayi yang dilahirkan, lima bayi lelaki dan dua bayi perempuan.

Katanya, hubungan terlarang itu juga diketahui oleh isteri suspek yang berusia 57 tahun.

“Lebih menyedihkan, isterinya turut membantu proses kelahiran semua bayi tersebut dan dia tidak berani melaporkan kepada polis kerana bimbang dibunuh suaminya,” ujar Agus.



Polis juga mendedahkan, suspek mengakui dia membunuh semua bayinya bagi menjalankan ritual yang tidak dijelaskan butirannya.

Sementara itu, polis memaklumkan, kemungkinan terdapat lebih dari seorang suspek yang terlibat dalam kes berkenaan selepas suspek memberitahu, dia menjalin hubungan terlarang dengan anaknya selepas disuruh oleh ‘guru agama’.

Kes hubungan terlarang anak, bapa: Suspek tekap hidung 7 bayi hingga mati


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading