Malaysia ‘amuk’ belasah Vietnam 25-0

Malaysia ‘amuk’ belasah Vietnam 25-0

Malaysia ‘amuk’ belasah Vietnam 25-0
PEMAIN negara cuba melepasi kawalan pemain-pemain Vietnam pada aksi sulung Kumpulan A Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 di Chonburi, Thailand. – FB MHC

KUALA LUMPUR – Skuad hoki dalam dewan wanita negara memulakan kempen Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 di Chonburi, Thailand dengan langkah kanan apabila membelasah Vietnam 25-0 pada aksi sulung Kumpulan A hari ini.

Kemenangan besar itu pastinya memberi suntikan semangat buat skuad kendalian Rodzhanizam Mat Razi bagi memburu kejuaraan dalam usaha melayakkan diri ke saingan Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia.

pada perlawanan itu, Siti Nur Arfah Mohd. Nor tampil cemerlang apabila berjaya menjaringkan enam gol disusuli Nur Atira Mohamad Ismail yang meledak lima gol buat pasukan kebangsaan.



Rodzhanizam berkata, kemenangan itu amat penting memandangkan jumlah jaringan memainkan peranan cukup besar dalam aksi peringkat kumpulan bagi menentukan pasukan mana layak ke pusingan kalah mati.

“Permainan disiplin yang baik ditunjukkan setiap pemain. Jaringan yang besar penting untuk kita, terutamanya dalam aksi peringkat kumpulan kerana jaringan gol akan memainkan peranan dan pemain juga sedar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon PM: Muhyiddin Tipu Hadi Atau PPBM Tipu PAS




“Kita gunakan perlawanan pertama ini sebagai persediaan untuk aksi kedua nanti. Kesilapan-kesilapan mudah akan diperbaiki dan kita tidak boleh beri peluang mudah kepada Oman petang ini kerana kita perlu menang untuk menaikkan moral pemain,” katanya.

Meskipun Oman boleh dianggap sebagai pasukan baharu, namun beliau memberi amaran kepada anak-anak buahnya supaya tidak mengambil mudah pertemuan itu selain berharap jaringan besar turut dilakar ke atas pasukan Asia Barat tersebut.

“Melihat pasukan Oman, sepatutnya kita tidak ada masalah bertemu mereka nanti. Bagaimanapun, kita tidak boleh ambil mudah cabaran mereka kerana kita memerlukan tiga mata penuh. Jaringan ke atas Oman juga penting untuk pasukan,” ujar Rodzhanizam. – KOSMO! ONLINE

Malaysia ‘amuk’ belasah Vietnam 25-0

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Calon PM: Muhyiddin Tipu Hadi Atau PPBM Tipu PAS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button