Usaha imbangi kelemahan ringgit

Usaha imbangi kelemahan ringgit

Usaha imbangi kelemahan ringgit
DR Sulaiman

Kuala Lumpur: Usaha secara kolektif seperti meningkatkan produktiviti pengeluaran, menggalakkan penggunaan barangan buatan tempatan, melancong dalam negara dan tidak menghantar pelajar ke luar negara bagi kursus ijazah boleh mengimbangi kesan kelemahan ringgit, kata Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.

Ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) itu berkata, usaha sedemikian secara tidak langsung akan meningkatkan lagi daya saing ekonomi negara di tengah-tengah persekitaran ekonomi global yang mencabar.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) berkata, peningkatan produktiviti membolehkan syarikat di negara ini mendapat pasaran yang lebih baik dan menjana pengeluaran yang lebih tinggi.



Jelasnya, pengeluaran yang tinggi akan merancakkan aktiviti ekonomi, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Bagi mengatasi kesan kelemahan ringgit, menggalakkan penggunaan barangan dan perkhidmatan tempatan seperti pelancongan dalam negeri juga akan membantu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon PM: Muhyiddin Tipu Hadi Atau PPBM Tipu PAS




“Dari segi industri pula, boleh mengguna bahan tempatan sebagai input dan meninjau input dalam mata wang yang nilainya lebih rendah,” katanya bagi mengulas usaha yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan lagi daya saing negara dan menangani kesan kelemahan ringgit berbanding dolar AS.

Beliau berkata demikian kepada media di bawah Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) sempena kunjungannya ke ibu pejabat NSTP yang disambut mesra oleh Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), M Thilinadan di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, mengurangkan perbelanjaan membabitkan bayaran tukaran asing seperti menghantar pelajar ke luar negara boleh mengurangkan kesan pergerakan turun naik nilai tukaran asing yang tidak menentu.

Beliau berkata, peluang pendidikan di negara ini juga adalah cerah dengan pelbagai kursus yang berkualiti ditawarkan seperti perubatan, undang-undang dan akauntan.



“Malaysia sudah sampai ke peringkat bahawa nilai dan mutu pendidikan di negara ini adalah tinggi, justeru penghantaran pelajar ke luar negeri boleh ditumpukan kepada bidang yang sangat khusus dan kursus yang tidak ditawarkan institusi di negara ini.

“Kursus membabitkan ijazah pertama boleh dibuat di sini (Malaysia). Kursus peringkat tinggi seperti Doktor Falsafah boleh meneruskan di luar negeri,” katanya ketika ditemui.

Mengulas sama ada sesuai dilaksanakan langkah tambatan ringgit pada masa ini bagi menangani kelemahan ringgit berbanding dolar AS, Sulaiman berkata, langkah berkenaan tidak sesuai memandangkan persekitaran ekonomi semasa sudah berbeza berbanding ketika 1997/1998.

Usaha imbangi kelemahan ringgit

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Calon PM: Muhyiddin Tipu Hadi Atau PPBM Tipu PAS




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button