Pencabul kanak-kanak ditahan selepas 9 hari

Oleh – Syeikh Baran


Pencabul kanak-kanak ditahan selepas 9 hari
Gambar Hiasan

Lelaki yang dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di kawasan tanah perkuburan lama di Kampung Kubal, Betong, 10 April lalu, ditahan polis ketika bersembunyi di ladang kelapa sawit Batu Niah, Miri.

Ketua Polis Daerah Sri Aman Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, suspek ditahan pada 19 April selepas sembilan hari bersembunyi.



“Suspek ditahan anggota Balai Polis Batu Niah dan kini direman lima hari bermula 21 April sehingga 25 April ini,” katanya pada kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Kami menerima laporan berkaitan kes ini jam 6.43 petang, 10 April lalu.

“Suspek kemudiannya melarikan diri selepas kejadian terbabit,” katanya.



Menurut beliau, semakan mendapati, suspek mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan dadah.

“Orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dan prihatin dengan kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

“Jangan sembunyikan sebarang maklumat berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak,” tegasnya.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading