Sukarelawan penguat kuasa syariah didakwa cabul wanita

Oleh – Syeikh Baran


Sukarelawan penguat kuasa syariah didakwa cabul wanita
Shahar dibawa ke mahkamah. Foto Rosli Ilham

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman dekat sini, hari ini, atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, Jumaat lalu.

Shahar Rudin Abd Rashid, 53, seorang sukarelawan pegawai penguat kuasa syariah negeri, mengangguk faham dan meminta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.



Mengikut kertas pertuduhan, Shahrul Rudin didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 25 tahun dengan cara memeluk bahagian pinggang bagi maksud mencabul kehormatannya.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan didakwa melakukan kesalahan itu di pantai Teluk Mak Nik, jam 7 petang.

Sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.



Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan yang mana tertuduh tidak boleh mendekati dan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai dibicarakan.

Mahkamah menetapkan 20 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Ahnaf Zaimi.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading