Pengawal keselamatan ditahan curi barang dalam pejabat

Oleh – Syeikh Baran


Pengawal keselamatan ditahan curi barang dalam pejabat
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas semula selepas menahan seorang pengawal keselamatan dan seorang lelaki di daerah ini. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Pengawal keselamatan ditahan selepas membuat onar apabila mencuri barangan di Pejabat Penerangan Daerah Kuala Muda, di sini, pada 10 April lalu.

Suspek sebelum itu ditugaskan untuk menggantikan rakannya yang bercuti pada Aidilfitri lalu dan kehilangan barangan disedari kakitangan pejabat terbabit kira-kira dua hari selepas kejadian berlaku.



Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, berdasarkan laporan diterima pada 13 April lalu, pihaknya melakukan Op Pintu untuk mengesan suspek.

Menurutnya, pihaknya menahan dua lelaki berusia 39 dan 41 tahun dalam serbuan di daerah ini berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran pada 17 April lalu.

Katanya, lelaki yang ditahan bersama pengawal keselamatan gantian itu dipercayai bertindak sebagai orang tengah.

“Dalam serbuan itu, polis merampas tiga komputer riba, sebuah beg galas, sebuah mesin pencetak, dua CCTV dan beberapa barang lain.



“Kedua-suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine selepas menjalani saringan ujian air kencing.

“Semakan mendapati pengawal keselamatan itu mempunyai 11 rekod jenayah dua rekod kes dadah, manakala seorang lagi suspek mempunyai 15 rekod jenayah termasuk kes dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini, hari ini.

Wan Azharuddin berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan kegiatan mencuri itu ketika sedang bertugas di bangunan berkenaan.



Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, polis menahan lelaki berusia 35 tahun kerana dipercayai mencuri 121 naskhah akhbar di sebuah premis di Taman Petani Jaya, di sini, pada 18 April lalu.

Wan Azharuddin berkata, suspek dipercayai melakukan kegiatan itu seorang diri pada 12.05 tengah malam sebelum ditahan di Pengkalan Lebai Man, dekat sini, pada hari sama.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading