Penganut Yahudi mahu sembelih haiwan dalam Masjid Al-Aqsa

Oleh – Syeikh Baran


Penganut Yahudi mahu sembelih haiwan dalam Masjid Al-Aqsa
KOMPLEKS Masjid Al-Aqsa. FOTO AFP.

Penjajah Israel pada Ahad beramai-ramai ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, dalam usaha untuk mengorbankan haiwan menjelang perayaan Paskah (Passover) Yahudi.

Kumpulan penganut Temple Mount yang sebelum ini mendesak Masjid Al-Aqsa dimusnahkan dan diganti dengan kuil Yahudi, menghantar permohonan kepada polis Israel, baru-baru ini untuk membenarkan pengikutnya memasuki Al-Aqsa dan melakukan sembelihan.



Menurut kepercayaan kumpulan itu, Ahad dan hari ini adalah waktu terpilih untuk ‘menyembelih korban’ terutamanya hari ini.

Pihak pentadbiran kumpulan itu mengedar jemputan menerusi media sosial dan portal, mengajak penyokongnya berkumpul di pintu al-Magharba pada 10.30 pagi hari ini untuk mendesak kebenaran memasuki Al-Aqsa pada tengah malam bagi menyerahkan korban di dalam masjid.

Dalam jemputan bertajuk ‘Kecemasan… pergi ke Baitulmaqdis’ yang dilapor agensi berita WAFA, kumpulan itu meminta penganut membawa haiwan ke Baitulmaqdis dan Kota Lama dan mempersiapkan ia untuk dibawa ke Al-Aqsa pada tengah malam.

Kumpulan fanatik Yahudi yang dikaitkan dengan ‘Gerakan Temple Mount’ menawarkan ganjaran kewangan kepada sesiapa yang berjaya menyembelih haiwan atau ditangkap ketika cuba menyembelih korban mereka di halaman masjid ketiga paling suci bagi umat Islam.



Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading