Gelagat Che Ta Menyakat Aaisyah Raih Perhatian Ramai! [VIDEO] 

“Tak Makeup Mata Sanggup Pakai Cermin Mata Hitam”

Gelagat Che Ta Menyakat Aaisyah Raih Perhatian Ramai! [VIDEO] 

Gelagat Che Ta Menyakat Aaisyah Raih Perhatian Ramai! [VIDEO] 

Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.



Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

“Tak Perlu Test DNA, Memang Anak Che Ta”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.6 juta, tanda suka sebanyak 65 ribu dan sebanyak 340 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang memberitahu bahawa Aaisyah memakai cermin mata hitan kerana tidak sempat untuk makeup matanya itu.

“Betul-bertul anak Che Ta sebab dia tak makeup mata so dia pakai sunglasses, nak makan takut tak nampak, tutup mata. Heyy sayang, Over la hang ni haha”-Kata Che Ta



 

@rozitachewan1

Adoiiiiiii menuqun mak dia sebijikkkkkk! Kesian laaaa pak hang kena layan bini dgn anak yg sama naikkkkkkk🤣🤣🤣 . #fyp #cheta #cekangjelita #rcw #rozitachewan #serumcheta #aaisyahdhiarana



♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa ‘mana kan tumpah kuah kalau tidak ke nasi’ kerana Che Ta juga sebegitu jadi tidak hairan lah Aaisyah juga sama.

Apa-apa pun, semoga Aaisyah membesar menjadi anak yang taat, solehah dan berbakti kepada ibu bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Apa kata anda?



Gelagat Che Ta Menyakat Aaisyah Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Majlis Peguam Saman Siapa Sebenarnya?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button