Siapa Gabenor Bank Negara Yang Luluskan Transaksi Duit Ke Akaun Palsu?

Siapa Gabenor Bank Negara Yang Luluskan Transaksi Duit Ke Akaun Palsu

Siapa Gabenor Bank Negara Yang Luluskan Transaksi Duit Ke Akaun Palsu?

 

Akhbar Jerman Bild melaporkan, pihak berkuasa Jerman telah merampas 4 buah kereta mewah jenis edisi khas Bugatti Veyron.

Kesemua kereta mewah tersebut dirampas di pusat simpanan peribadi di Jerman.



Empat kereta itu adalah versi Rembrandt, Black Bess, Jean-Pierre Wimille dan Meo Constantini, masing-masing bernilai kira-kira AS$3 juta (RM14.3 juta).

SPRM mengesahkan pihaknya sudah menghantar permohonan untuk mendapat maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman berhubung rampasan tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata pada 26 Oktober 2022 pihaknya sudah meminta maklumat daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1MDB yang digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu.

Ekoran dari berita tersebut, terdapat pihak dengan segera mengaitkannya dengan DS Najib.



Sebenarnya ada dakwaan kereta mewah itu milik Khadem Al-Qubasi.

Khadem adalah bekas CEO IPIC dan Pengerusi syarikat Aabar.

Dia dan rakan subahatnya Mohd Al Husseiny (bekas CEO Aabar) adalah pemilik Aabar palsu.

Jho Low, Khadem dan Mohd Al-Husieny menubuhkan Aabar palsu ini.



Aabar tulen ialah Aabar Investment PJS.

Manakala Aabar palsu ialah Aabar Investment PJS Ltd (BVI).

Nama hampir sama untuk menipu.

Jho Low, Khadem dan Al Husieny buka akaun atas nama Aabar palsu.



Akaun palsu inilah digunakan untuk pindah duit USD$2.4 bilion (RM11.4 bilion) dari 1MDB.

Ramai yang tidak faham wujud dua syarikat atas nama Aabar.

Soalnya kenapa Bank Negara Malaysia lulus transaksi duit 1MDB ke luar negara tanpa disemak ketulinan akaun tersebut.

Siapa Gabenor Bank Negara Malaysia masa itu?



Di Mahkamah USA, Tim Leissner memberitahu, Bank Negara benar 1MDB pindah duit USD$1 billion kepada PetroSaudi International (PSI) dalam tempoh satu malam.

Sudahkah pihak SPRM siasat kenyataan yang dibuat oleh Tim Leissner?

Tim Leissner sudah dihukum.

Mohd Huseiny dan Khadem pula dihukum penjara oleh kerajaan UAE.



Kenapa Jho Low masih bebas.

Kenapa Zeti tidak disiasat, malah dijadikan saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDB!!!

 

Siapa Gabenor Bank Negara Yang Luluskan Transaksi Duit Ke Akaun Palsu?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button