Tiga penempatan warga asing diserbu, 50 ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Tiga penempatan warga asing diserbu, 50 ditahan
Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Sapu yang dijalankan oleh BPI Kuching pada awal pagi hari ini.

Seramai 50 warga asing dicekup selepas didapati tinggal lebih masa di negara ini dan tidak mempunyai permit yang sah.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak berkata, kesemua warga asing itu ditangkap dalam Ops Sapu yang dijalankan bermula pukul 1 pagi, hari ini.



Katanya, serbuan dijalankan di tiga lokasi di Padungan dan Sungai Maong.

“Operasi menyasarkan dua buah rumah kedai dan sebuah rumah kongsi tapak pembinaan yang terletak di kawasan tersebut.

“Seramai 88 warga asing diperiksa dalam operasi tersebut yang berakhir pada pukul 4.30 pagi. Seramai 50 daripada mereka ditahan kerana tinggal lebih masa dan tidak mempunyai pas yang sah,” katanya.

Kesemua yang ditahan terdiri daripada 32 lelaki dan 18 wanita. Kdisiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.



Justeru, JIM Sarawak mengingatkan majikan dan pekerja warga asing yang berhasrat untuk bekerja di Sarawak supaya memohon pas lawatan kerja yang sah selaras dengan peruntukan undang-undang Malaysia.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan adalah disarankan untuk menyalurkan kepada JIM atau melalui saluran aduan secara dalam talian sedia ada,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button