Zarina Zainuddin Buat Reviu Produk, Lain Pula Yang Netizen Perasan? [VIDEO]

“Muka Nampak Lain…”

Zarina Zainuddin Buat Reviu Produk, Lain Pula Yang Netizen Perasan? [VIDEO]

Zarina Zainuddin Buat Reviu Produk, Lain Pula Yang Netizen Perasan? [VIDEO]

Perkongsian pelakon, Zarina Zainuddin mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas melakukan reviu produk kosmetik di media sosial.

Zarina menerusi hantaran di Instagram, yang sedang mempromosikan produk kosmetik ‘foundation’ jenama tempatan itu menyatakan bahawa dia hanya bersolek secara ringkas disebabkan kesibukan kerja serta rutin harian di rumah.



“Maaf la nak cepat asal siap je. Sebenarnya saya dah sapu moisturiser  kat muka saya. Ni nak cepat, mak-mak kalau nak mekap beria habis lah dapur tak berasap, kerja pun tak siap dik.

Semalam akak baca je komen korang ada yang kata muka akak cenggini ler ni tak ada filter, buh filter kang korang kata alaa filter. Habis macam mana serba salah kita wak.”-tulis Zarina di Instagram

“Suka Tengok Muka Yang Asli Sebelum Operation…”

Walaubagaimanapun, lain pula reaksi netizen di ruangan yang rata-ratanya mendakwa wajah pelakon ini kelihatan berbeza berbanding sebelum ini, malah ada yang turut mendakwa Zarina menjalani pembedahan pada bahagian wajah serta bibir.

“Muka nampak lain…”



“Siapa kenal Zarina Zainuddin yang dulu, dulu dia muda remaja sekarang sudah dimakan usia. Tua itu pasti, cantik itu subjektif. Redha dan syukur asal sihat tu yang penting.”

“Suka tengok muka yang asli sebelum operation hidung. Bibir pun dah lain 😢.”

“Bibir cucuk kan.”

“Kenapa nampak tua. Tak lawa langsung laa.”



“Cantik kan yang dulu. Saya kira macam saya yang berfikir ada yang berubah pada wajahnya.”

“Asal bibir lain ni kak.”

Zarina Zainuddin Buat Reviu Produk, Lain Pula Yang Netizen Perasan? [VIDEO]

 



Zarina Zainuddin Buat Reviu Produk, Lain Pula Yang Netizen Perasan? [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button