Kubur Suspek Serang Balai Polis Di Asingkan Dari Perkuburan Awam

Kubur Suspek Serang Balai Polis Di Asingkan Dari Perkuburan Awam

Kubur Suspek Serang Balai Polis Di Asingkan Dari Perkuburan Awam

 

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu berjauhan dari kubur orang awam yang lain.

Keputusan itu dibuat selepas bersidang Jumaat lalu, yang dipengerusikan Mufti Johor, Yahya Ahmad.



Mesyuarat itu bagi membincangkan status kematian anggota polis dan cara pengebumian suspek yang mati ditembak dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi Jumaat lalu.

Tindakan menjarakkan kubur suspek sebagai satu peringatan kepada masyarakat supaya tidak melakukan perkara yang dilakukan suspek.

Jenazah suspek juga tidak dibenarkan untuk dibawa ke mana-mana masjid atau surau untuk urusan pengebumian.

Jenazah juga hendaklah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja.



Pengebumian hanya dihadiri beberapa penduduk kampung selain pegawai dan anggota polis yang mengawal ketat keadaan sekitar.

“Fatwa ke atas jenazah suspek ini sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek.”

“Apatah lagi membunuh anggota yang menjaga keselamatan negara yang tidak melakukan salah dan silap terhadap suspek.”

“Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dan simpati ke atas suspek atas apa yang telah dilakukannya,” kata kenyataan berkenaan.



Sebagai orang awam, kita akur dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor.

Penulis percaya, sebelum keputusan dibuat, pelbagai faktor telah diambil kira oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor.

Penulis juga akui, kesalahan yang dilakukan suspek adalah satu kesalahan yang cukup berat.

Namun begitu, bagaimana pula dengan waris suspek yang tidak terlibat dalam kejadian tersebut?



Apakah tindakan ini akan meninggalkan aib dan kesan yang besar terhadap waris dan keluarga suspek.

Namun begitu, sekali lagi penulis tekankan, penulis tidak berniat untuk mencabar fatwa yang telah dikeluarkan, sekadar bertanya.

 

Kubur Suspek Serang Balai Polis Di Asingkan Dari Perkuburan Awam

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button