PA Mizz Nina Bakal Ambil Tindakan Selepas 11 Tahun Berkhidmat

Diberhentikan Kerja Dan Perjanjian Berat Sebelah

PA Mizz Nina Bakal Ambil Tindakan Selepas 11 Tahun Berkhidmat

PA Mizz Nina Bakal Ambil Tindakan Selepas 11 Tahun Berkhidmat

Satu kenyataan kekesalan yang telah dikeluarkan oleh bekas pembantu peribadi (PA) kepada penyanyi Mizz Nina iaitu Nur Haniza Mohd Azhar telah menjadi perhatian warga net.

Diberhentikan Selepas 11 Tahun Berkhidmat

Haniza merasa kesal kerana dia diberhentikan sebagai pembantu peribadi selepas 11 tahun berkhidmat dengan penyanyi itu.



Menurut Mstar, sepanjang menjadi PA Mizz Nina, Haniza dibayar gaji sebanyak RM3,500 sebulan tetapi dia tidak pernah diberikan kontrak kerja bertulis, kenaikan gaji, bonus atau elaun termasuk caruman Perkeso tidak pernah dibuat.

Surat pemberhentian kerja juga telah dikeluarkan pada 6 Mac lalu.

Dalam surat itu Mizz Nina bersedia memberikan sejumlah wang pampasan, pindah milik nama bagi kereta jenis Suzuki Swift dan bayaran pampasan akan dibuat pada 30 April lalu.

Bakal Mengambil Tindakan

PA Mizz Nina Bakal Ambil Tindakan Selepas 11 Tahun Berkhidmat
via Harian Metro

Di atas kejadian tersebut, Haniza Mohd Azhar bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi itu selepas mendakwa diberhentikan kerja secara tidak adil tanpa alasan kukuh.



Peguam yang mewakili Haniza iaitu Mohamad Nasruddin Ab Rahman berkata, sehingga kini anak guamnya masih belum menerima sebarang pampasan seperti yang dijanjikan dalam surat pemberhentian iaitu pada hari terakhir bekerja, 30 April 2024 yang lepas.

Apabila pihak Nina menyerahkan surat penamatan pekerjaan, mereka berjanji membayar pampasan sebelum 30 April.

Tapi selepas 30 April pun anak guam saya masih belum menerima apa-apa bayaran

Tidak Pernah Diberikan Kontrak Bertulis

PA Mizz Nina Bakal Ambil Tindakan Selepas 11 Tahun Berkhidmat
via Sayolemon

Meskipun Haniza tidak pernah diberikan kontrak kerja secara bertulis, Nasruddin berkata tindakan undang-undang masih boleh dilakukan kerana kedua-duanya mempunyai hubungan sebagai majikan dan pekerja.



Sementara itu, Nasruddin memaklumkan sebelum ini Haniza dan Mizz Nina pernah mengadakan perbincangan, namun syarat yang diberikan tidak dipersetujui anak guamnya kerana disifatkan sebagai berat sebelah.

Nasruddin juga memaklumkan bahawa pihaknya akan membuat laporan aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPP).

PA Mizz Nina Bakal Ambil Tindakan Selepas 11 Tahun Berkhidmat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button