Sufian Suhaimi Akhirnya Buka Mulut Jawab Dakwaan Sudah ‘Get Back’ Dengan Rania Al Sadat

Sufian Suhaimi Akhirnya Buka Mulut Jawab Dakwaan Sudah ‘Get Back’ Dengan Rania Al Sadat

Sufian Suhaimi Akhirnya Buka Mulut Jawab Dakwaan Sudah ‘Get Back’ Dengan Rania Al Sadat

Penyanyi Sufian Suhaimi enggan memberi sebarang komen mengenai dakwaan yang mengatakan dia sudah kembali bercinta semula dengan bekas kekasih iaitu Rania Al Sadat.Sudah get back?

Sufian Suhaimi Akhirnya Buka Mulut Jawab Dakwaan Sudah ‘Get Back’ Dengan Rania Al Sadat



Ketika dihubungi OhBulan!, Sufian, 32, berkata tiada perkara yang ingin dijelaskan mengenai khabar angin tersebut.

Saya tidak mahu ulas apa-apa tentang itu. Maafkan saya.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai sepotong video yang tular didakwa mirip dirinya dan Rania, pelantun lagu Di Matamu ini berkata dia tidak tahu menahu.

Video apa yang dimaksudkan itu? Maaf saya tidak tahu apa-apa fasal video tular yang dikatakan.



Terdahulu, tular video pendek di TikTok memperlihatkan seorang lelaki didakwa mirip Sufian bersama seorang wanita di sebuah festival makanan.

Menerusi klip berdurasi 25 saat itu, lelaki dan wanita terbabit dilihat sedang beratur untuk membeli makanan.

Rata-rata netizen yang singgah ke ruangan komen memetik nama penyanyi Sufian Suhaimi dengan bekas kekasihnya Rania Al Sadat.

Malah, netizen turut membuat andaian dengan mendakwa cinta mereka kembali bertaut semula.



Sebelum ini, Sufian mengesahkan bahawa hubungan cinta bersama Rania sudah berakhir pada Mac lalu.

Imbas kembali, pada Oktober tahun lalu, Sufian telah menghantar rombongan merisik kepada keluarga Rania.

Sufian Suhaimi Akhirnya Buka Mulut Jawab Dakwaan Sudah ‘Get Back’ Dengan Rania Al Sadat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button