City gagal raih kemenangan pertama

City gagal raih kemenangan pertama

City gagal raih kemenangan pertama
ERLING Haaland gagal meledak dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara menentang Inter Milan. -FOTO Reuters

Manchester: Pengendali Inter Milan, Simone Inzaghi berkata juara Itali itu mempamerkan “prestasi luar biasa” untuk membuatkan Manchester City kecewa ketika mereka berjaya mengikat perlawanan dengan keputusan seri tanpa jaringan bagi memulakan kempen Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Ulangan final 2023, yang dimenangi City 1-0, tidak begitu mengujakan, tetapi Inter merasakan mereka sepatutnya memberikan kekalahan pertama kepada Pep Guardiola di tempat sendiri dalam pertandingan Eropah selepas enam tahun.

Henrikh Mkhitaryan mensia-siakan peluang terbaik perlawanan 15 minit sebelum tamat.



“Saya berkata ‘syabas’ kepada pasukan saya di bilik persalinan. Mereka mempamerkan persembahan yang hebat.

“Kita semua tahu Manchester City dan apa yang mereka mampu. Kita semua tahu apa yang mereka sudah capai, terutamanya di tempat sendiri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perwakilan PAS Perlis Di Kenakan Tindakan?




“Kami melakukan ini dan mempunyai beberapa peluang yang baik juga. Saya sedikit kecewa apabila Mkhitaryan tidak menjaringkan gol,” kata Inzaghi.

City memulakan usaha mempertahankan kejuaraan Liga Perdana mereka dengan mencatatkan empat kemenangan berturut-turut tetapi gagal mencapai kemenangan ketika Inter selesa dengan bertahan.

“Kami ingin menang dan mencipta lebih banyak peluang tetapi saya memberi pujian kepada pihak lawan. Pihak lawan sangat cemerlang.

“Kami bermain lebih baik daripada perlawanan akhir dua tahun lalu. Saya menyukai semuanya daripada pasukan saya hari ini.



“Anda lebih suka menang tetapi masih ada tujuh perlawanan (berbaki) dan kita akan lihat apa yang berlaku,” kata pengurus City, Guardiola.

Rodri, yang menjaringkan gol kemenangan ketika kedua-dua pasukan bertemu di Istanbul 15 bulan lalu, kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama City buat kali pertama musim ini selepas usahanya membantu Sepanyol memenangi Euro 2024.

Di bawah format baharu Liga Juara-Juara, setiap pasukan akan bermain lapan perlawanan menentang lapan pasukan berbeza, dengan lapan pasukan teratas daripada 36 pasukan mara secara automatik ke pusingan 16 terakhir dan baki 16 pasukan beraksi dalam pusingan kalah mati.

City gagal raih kemenangan pertama

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button