Agrobank perkenal AgroPutra bantu usahawan agromakanan

Agrobank perkenal AgroPutra bantu usahawan agromakanan

Agrobank perkenal AgroPutra bantu usahawan agromakanan
Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin pada pelancaran AgroPutra. – FOTO NSTP

Serdang: Agrobank memperkasa usahawan Bumiputera melalui inisiatif baharunya, Program Pembiayaan Usahawan Bumiputera Agromakanan (AgroPutra) dengan memperuntukkan dana pembiayaan sebanyak RM200 juta.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, AgroPutra bertujuan membantu usahawan Bumiputera dalam industri agromakanan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Katanya, program pembiayaan itu dirancang dengan teliti bagi memastikan usahawan Bumiputera menerima sokongan kewangan yang diperlukan untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan mereka.



“Skim AgroPutra ini terbahagi kepada dua kategori iaitu AgroPutra Niaga dan AgroPutra Tunas.

“Kami menyasarkan sekurang-kurangnya 400 usahawan bakal mendapat manfaat daripada pembiayaan AgroPutra.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi



 

“Dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM200 juta, kami jangka ia akan habis disalurkan bagi kedua-dua skim dalam tempoh setahun,” katanya kepada media di Majlis Pelancaran AgroPutra di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2024, di sini, hari ini.

Tengku Ahmad Badli Shah berkata, AgroPutra Niaga adalah pembiayaan untuk merangsang pertumbuhan perniagaan sedia ada usahawan Bumiputera dalam kategori mikro dan kecil, terutamanya kepada golongan yang terbabit dalam keseluruhan rantaian bekalan makanan, termasuk pengeluaran sumber makanan, pemprosesan, pengedaran, pemasaran, dan perkhidmatan penyediaan makanan.

Menurutnya, jumlah pembiayaan yang ditawarkan bagi AgroPutra Niaga adalah sehingga RM500,000 dengan minimum pembiayaan sebanyak RM50,000.



Beliau berkata, ada segelintir individu yang mempunyai minat dan ingin mula bertatih dalam sektor perniagaan, namun tidak tahu mendapatkan pembiayaan.

“Masalah seperti akses kepada bantuan kewangan menjadi penghalang kepada mereka.

“Oleh itu, fokus AgroPutra Tunas adalah kepada usahawan Bumiputera mikro yang baru, termasuk graduan, untuk memulakan perniagaan dalam bidang penyediaan, pemprosesan dan penyimpanan makanan.

“Contoh perniagaan adalah termasuk kafeteria, perniagaan makanan sejuk beku, pusat pemprosesan makanan dan katering.



“Untuk AgroPutra Tunas, usahawan layak menerima pembiayaan sehingga RM50,000 dengan minimum pembiayaan sebanyak RM5,000,” katanya.

Beliau berkata, AgroPutra Tunas bukan sekadar program pembiayaan, tetapi turut menganjurkan bimbingan keusahawanan bagi membolehkan usahawan baru ini mendapat pengetahuan dalam pengendalian perniagaan dengan lebih baik.

“Dengan pelancaran AgroPutra, Agrobank komited untuk memainkan peranan penting dalam menggalakkan pembangunan usahawan Bumiputera dalam sektor agromakanan yang menjadi pemacu penting dalam ekonomi Malaysia.

“Pembiayaan AgroPutra ini juga boleh dimohon untuk pelbagai sektor yang berkaitan dengan makanan sama ada pengeluaran makanan daripada ‘upstream dan downstream’ seperti mereka yang terbabit dalam pengeluaran makanan, peruncitan, perusahaan kecil sederhana (PKS) dan peniaga mikro,” katanya.



 

Agrobank perkenal AgroPutra bantu usahawan agromakanan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button