Syafiq optimis gegar Hangzhou
Syafiq optimis gegar Hangzhou

KUALA LUMPUR: Penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh optimis dia dan gandingannya, Ooi Tze Liang mampu menjadi pencabar pingat emas dalam acara 3 meter (m) papan anjal di Sukan Asia Hangzhou, September depan.
Syafiq, 27, berkata Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun dari 14 hingga 30 Julai ini akan menjadi medan terbaik untuk menguji kemampuan dan tahap keserasian mereka dengan teknik terjunan yang baharu.
“Saya berusaha mendapatkan keserasian terbaik bersama Tze Liang dan dari situ kita akan cuba untuk berikan yang terbaik dalam acara 3m papan anjal seirama.
“Bagi saya, Kejohanan Dunia bulan ini adalah satu persediaan yang terbaik untuk kami berdua menjelang Sukan Asia nanti,” katanya yang memenangi pingat perak dalam acara 3m papan anjal seiram bersama Gabriel Gilbert Daim di Sukan Komanwel Birmingham tahun lalu.
Skuad terjun negara ketika ini ‘berkampung’ di Qinghuandau, China sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Dunia yang menawarkan tiket kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Banyak wang dan aset negara tiris ketika Parti BERSATU kongsi kerajaan bersama DAP
- Selamat Tinggal Sanusi Md Nor
- Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?
Mengulas mengenai saingan di Kejohanan Dunia, Syafiq yang meraih emas saingan 3m papan anjal individu Sukan SEA Kemboja, bulan lalu, berkata dia mahu melakukan yang terbaik dan mengintai peluang bagi mencipta kejutan.
“Setakat ini, latihan dan persediaan berjalan tanpa masalah. Malah, ada beberapa teknik terjun juga sudah dipertingkatkan demi memastikan tampil lebih meyakinkan kelak.
“Perkara penting adalah mahu terus konsisten dalam terjunan sekali gus mampu meraih keputusan positif untuk negara,” katanya.
Syafiq optimis gegar Hangzhou
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesilapan Syed Saddiq Akan ‘Membunuh’ MUDA Selepas Pilihanraya Negeri
- Mahkamah Pilihanraya Batalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu
- 17 Yang Di Bebaskan Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Allahyarham Adib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :