Olusegun yakin buat pilihan terbaik

Olusegun yakin buat pilihan terbaik

Olusegun yakin buat pilihan terbaik
Penyerang baharu, Ifedayo Olusegun tiba di Alor Setar semalam untuk beraksi dengan KDA FC bagi baki Liga Malaysia musim ini. – Foto NSTP/Izzali Ismail

ALOR SETAR: Sekalipun mendapat tawaran beberapa pasukan lain, penyerang Ifedayo Olusegun memilih Kedah Darul Aman (KDA) FC sebagai destinasi berikut kariernya kerana menganggap pasukan itu mampu melunaskan impiannya untuk menjulang trofi kejuaraan.

Penyerang berusia 32 tahun itu tiba di sini petang semalam sebaik menempuh perjalanan hampir 25 jam dari Nigeria selepas diumumkan sebagai pemain baharu KDA bagi jendela perpindahan kedua musim ini.

Katanya, faktor reputasi, pengurusan dan kejurulatihan KDA yang berkembang baik dan berada di landasan tepat mendorongnya untuk menjadikan Sang Kenari sebagai pilihan.



“Saya juga ada menerima tawaran beberapa kelab dari Malaysia sebelum ini, namun saya memilih Kedah kerana suasana, perkembangan pemain, pengurusan, kejurulatihan dan penyokong pasukan ini berada pada landasan yang baik.

“Saya mahu berikan aksi terbaik bagi memastikan Kedah mencapai kejuaraan yang diidamkan dan bagi misi peribadi, saya mahu menjulang piala bersama pasukan ini kerana saya belum pernah merasainya dalam Liga Malaysia sebelum ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




“Kini masanya untuk saya bekerja keras bersama rakan sepasukan dan saya mahu berusaha demi kejayaan Kedah dan semua penyokong musim ini,” katanya.

Olusegun yang juga penjaring terbanyak Liga Super bagi musim 2020 dan 2021 ketika bersama Selangor berkata, dia sedar harapan tinggi yang diletakkan di bahunya untuk merobek pintu gol lawan.

Dia cemerlang sepanjang beraksi dalam Liga Malaysia apabila mengumpul 70 gol dalam 73 penampilan bersama FELDA United (2017), Melaka United (2018), Selangor (2019-2021) dan Melaka United (2022).

Olusegun yakin buat pilihan terbaik

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button