Karma sedang melanda BERSATU, ada lagi bakal tukar sokongan?

Oleh – Bakhtiar Omar


Karma sedang melanda BERSATU, ada lagi bakal tukar sokongan?

Seakan sedang menjalani hukum karma, BERSATU dijangkakan akan hilang lagi sokongan di Parlimen. Ini berikutan dakwaan akan ada lagi Ahli Parlimen BERSATU bakal tukar sokongan kepada PMX.



Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal secara terbuka telah menyatakan sokongan kepada PMX dan Kerajaan Perpaduan di Parlimen.

Beliau yang bertanding atas tiket BERSATU mewakili Perikatan Nasional menang Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 12,756 pada PRU15.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pendang menyatakan tindakan Bukit Gantang ada kaitan dengan projek bernilai RM30 juta dan Akta 39B . Bagaimanapun, Ahli Parlimen Jelutong membantah kenyataan Pendang dan meminta agar tuduhan tersebut di tarik balik.

Namun demikian, Raja Petra Kamarudin mengulas mengenai tindakan Bukit Gantang. Dalam rakaman video tersebut, Raja Petra dengan jelas menyatakan sebab-sebab Syed Abu Hussin secara tiba-tiba menukar sokongan di Parlimen.



RPK juga menyatakan ada sekurangnya 5 lagi Ahli Parlimen BERSATU dan 2 PAS akan turut memberi sokongan kepada PMX dan Kerajaan Perpaduan dalam masa terdekat.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama individu yang didakwanya.

MUHYIDDIN YASSIN SEORANG PRESIDEN YANG GAGAL

Jelas sekali krisis dalaman yang teruk sedang melanda BERSATU dan Muhyiddin selaku Presiden tidak dapat berbuat apa-apa.



Ada juga suara nakal yang mengatakan semua ini adalah karma kerana pada 2018 selepas kekalahan BN, ramai kalangan ahli Parlimen BN memilih untuk MELOMPAT ke BERSATU. 

Ini telah menyebabkan BN terutama UMNO hilang sejumlah kerusi Parlimen kerana BERSATU pada ketika itu merupakan sebahagian dari Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Tun Mahathir.

Bak bidalan inggeris “Karma is Real”, BERSATU kena percaya parti mereka semakin lemah.

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button