Amah, suami bunuh majikan, keputusan 11 Disember

Amah, suami bunuh majikan, keputusan 11 Disember

Amah, suami bunuh majikan, keputusan 11 Disember
Tertuduh yang juga seorang amah, Ekalia, 23, dan suaminya Bartolomeus Fransceda, 23, menukar pengakuan kepada bersalah bersama-sana membunuh majikannya pada Mac 2019 di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor. NSTP/Nur Aisyah Mazalan

JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Disember depan bagi jatuh hukum kes seorang amah dan suaminya yang didakwa membunuh majikan dijaga mereka, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas warga Indonesia, Ekalia dan Bartolomeus Fransceda, kedua-dua berusia 23 tahun, menukar pengakuan mereka kepada bersalah, hari ini.

Kedua-dua tertuduh dituduh secara bersama-sama membunuh Lau Yen Na, 73, di sebuah rumah di Palm Resort, Senai, Kulai, kira-kira jam 2 petang, 17 Mac 2019.



Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan 12 sebatan.

Terdahulu, rakaman CCTV kejadian mengerikan itu turut disiarkan pada prosiding berkenaan menyebabkan ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BERSATU makin lemah, Bukit Gantang sokong PMX




Mengikut fakta kes, berdasarkan siasatan dan analisis kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, tertuduh pertama iaitu Bartolomeus, dan kedua, Ekalia, membunuh si mati dengan menggunakan cangkul kecil mempunyai dua mata tajam.

Tertuduh pertama dan kedua telah memukul si mati dengan cangkul kecil itu pada kepala ketika si mati sedang berehat, sebelum mereka mengambil Toyota Alphard serta telefon bimbit mangsa untuk ke Kuala Lumpur dan bertemu rakan bagi mencari kerja baharu.

Kedua-dua tertuduh ditahan di sebuah restoran di Damansara sebelum hasil analisis patologi mendedahkan punca kematian mangsa adalah kerana luka tetak berganda di kepala.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala dua tertuduh diwakili peguam, Ooi Pen Lyn dan S Selvi.



Pen Lyn ketika hujahannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun kepada kedua-dua tertuduh kerana mereka sebenarnya adalah mangsa kepada pemerdagangan manusia kerana ditipu ejen pekerja tidak berdaftar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Kedua-duanya dijanjikan bekerja di Sarawak dan Kuala Lumpur, namun apabila tiada pekerjaan yang dijanjikan itu mereka mahu pulang ke Indonesia.

“Namun agensi tidak membenarkan mereka pulang dan mengugut supaya mereka membayar wang pampasan jika berdegil, sebelum dihantar bekerja sebagai tukang kebun dan amah di kediaman seorang warga emas.

“Kedua-dua tertuduh menyatakan mereka bukan sahaja diseksa secara mental dan fizikal oleh warga emas berkenaan, malah diperhambakan mereka dengan tidak diberi makan selain diarahkan tinggal di pondok luar kediaman berkenaan.



“Oleh itu, saya memohon mahkamah untuk mengenakan hukuman penjara minimum 30 tahun bagi membolehkan mereka pulang ke Indonesia bersama keluarga apatah lagi mereka sudah bertaubat, insaf dan kesal atas perbuatan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya berkata, alasan disiksa dan diperhambakan bukanlah lesen untuk kedua-dua tertuduh meletakkan undang-undang di tangan sendiri, apatah lagi membunuh dengan kejam.

“Oleh itu saya memohon mahkamah memberikan hukuman pengajaran sebagai iktibar kepada masyarakat supaya tidak meletakkan undang-undang di tangan sendiri.

“Walaupun hukuman Seksyen 302 Kanun Keseksaan sudah dipinda dengan meletakkan hukuman penjara, adalah menjadi hak mahkamah untuk menjatuhkan hukuman gantung sampai mati berdasarkan kes dan situasi,” katanya.



Amah, suami bunuh majikan, keputusan 11 Disember


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Akhirnya Muhyiddin Tunduk Kepada PAS

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading