Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah & Sarawak akan membuka perkhidmatan kaunternya mulai 29 Apr 2020

Mulai 29 April 2020 ini, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah & Sarawak akan membuka perkhidmatan kaunternya.

Pembukaan secara berperingkat ini adalah antara lain bertujuan menyokong pembukaan semula sektor ekonomi negara selain juga sebagai persiapan awal kepada semua agensi untuk memastikan kelancaran dalam sistem penyampaian perkhidmatannya apabila tempoh PKP berakhir kelak. Selain itu, ianya bertujuan mengurangkan lambakan tunggakan urusniaga apabila semua perkhidmatan kaunter beroperasi semula selepas tempoh PKP.

Menteri Pengangkutan  Dato Seri Wee Ka Siong menjelaskan beberapa perkara berhubung pembukaan kaunter ini .

1. Permohonan yang diterima di kaunter APAD :



● Permohonan Membaharui Lesen.

● Permohonan Semula.

● Permohonan Melesenkan Kenderaan Mengikut Surat Tawaran Kelulusan (STK).

● Serahan Dokumen Kelulusan.



● Kad Pemandu.

2. Pembukaan kaunter JPJ pula hanya untuk kenderaan komersial/perdagangan (Barangan, Perkhidmatan Awam (tidak termasuk teksi dan e-hailing) dan Pelancongan) sahaja bagi urusniaga:

I. Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan perdagangan sahaja kecuali kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing.

II. Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia dan Lesen Vokasional (GDL dan PSV) bagi pemandu kenderaan perdagangan sahaja kecuali kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing.



III. Penyelesaian Senarai Hitam dan Pembayaran Saman berhubung dengan urusan seperti perkara I. dan II.

3. Namun, bagi mengelakkan perkumpulan terlalu ramai pelanggan di kaunter JPJ serta mematuhi arahan penjarakan sosial dan kesihatan semua pelanggan, perkhidmatan bagi kategori teksi dan e-hailing melibatkan pembaharuan LKM dan Lesen PSV adalah tidak termasuk dalam perkhidmatan urusniaga di kaunter JPJ pada masa ini. Pengecualian pembaharuan LKM dan Lesen PSV yang telah diberikan sebelum ini termasuk kepada pemandu teksi dan e-hailing dalam tempoh PKP adalah masih berkuatkuasa dan terpakai bagi kedua-dua kategori ini. Semua pemandu teksi dan e-hailing yang telah tamat Lesen PSV dan LKM dalam tempoh PKP masih boleh beroperasi/menyediakan perkhidmatan dengan syarat memastikan kenderaan motor mereka mempunyai perlindungan insurans yang sah sepanjang tempoh PKP.

4. TIADA urusniaga melibatkan keperluan individu atau melibatkan kenderaan motor persendirian di peringkat ini di kaunter-kaunter JPJ.

5. HANYA LPKP Sabah dan Sarawak sahaja yang membuka kaunter bagi urusniaga berkaitan perkhidmatan teksi dan e-hailing. Ini kerana jumlah perkhidmatan teksi dan e-hailing di Sabah & Sarawak tidak sama dengan Semenanjung yang lebih ramai. Ia juga bagi mengelakkan berlakunya kesesakan yang tidak dapat dikawal di kaunter-kaunter dalam Semenanjung bagi urusan berkaitan teksi dan e-hailing.



6. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi garis panduan pencegahan wabak COVID-19 sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) seperti mengamalkan penjarakan sosial serta sentiasa menjaga keselamatan dan kebersihan diri.

7. Rujuk infografik yang saya sertakan ini untuk maklumat lanjut mengenai pembukaan kaunter APAD, JPJ dan LPKP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

 



 

 

 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button