Jurugambar rugi lebih RM38,000 terpedaya tawaran kerja sambilan

Jurugambar rugi lebih RM38,000 terpedaya tawaran kerja sambilan

Jurugambar rugi lebih RM38,000 terpedaya tawaran kerja sambilan

KUANTAN: Seorang jurugambar wanita di Rompin kerugian RM38,200 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata berdasarkan laporan, mangsa berusia 26 tahun menerima WhatsApp kononnya suspek melihat permohonan di laman Job Street pada 7 Januari lalu.



Katanya, suspek kemudiannya ingin menawarkan kerja membuat ulasan pada laman Google Maps dengan mendapat keuntungan komisen bagi setiap ulasan.

“Mangsa mula percaya dan membuat empat kali pindahan wang kedua akaun bank yang berlainan.

“Mangsa menggunakan wang simpanan sendiri dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik ayahnya untuk semua transaksi yang dibuat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Sehubungan itu, Ramlis menasihati dan menegaskan masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

Kerja sambilan tidak wujud, rugi RM55,700



Jurugambar rugi lebih RM38,000 terpedaya tawaran kerja sambilan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button