KENYATAAN MEDIA MENTERI PENGANGKUTAN 1 MEI 2020

PELANTIKAN PENGERUSI BAHARU MAVCOM

Dengan sukacitanya saya ingin mengumumkan pelantikan YBhg Datuk Seri Hj Saripuddin Bin Hj Kassim sebagai Pengerusi Eksekutif untuk menerajui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berkuatkuasa mulai 4 Mei 2020.



Datuk Seri Saripuddin merupakan seorang kakitangan awam profesional yang telah berkhidmat dengan Kerajaan selama hampir 4 dekad. Beliau juga adalah mantan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Datuk Seri Saripuddin yang berasal dari Kedah ini juga merupakan seorang lulusan MBA dalam bidang Kewangan Korporat dari University of Hartford, Amerika Syarikat dan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau pernah berkhidmat sebagai penasihat Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, Jepun serta memberikan khidmat di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, England.

Bersandarkan kepada pengetahuan dan pengalaman yang luas di beberapa sektor pengangkutan, Datuk Seri Saripuddin juga pernah berkhidmat sebagai pihak berkuasa di beberapa pelabuhan, termasuk Pelabuhan Klang, Pulau Pinang, Melaka, Labuan dan Bintulu serta Prasarana Berhad, MyHSR Corporation Sdn Bhd, dan Railway Assets Corporation .

Datuk Seri Saripuddin akan menggantikan tempat Dr Nungsari Ahmad Radhi, yang telah mengundurkan diri pada 10 April 2020 lalu.



Bagi pihak Kementerian, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Nungsari atas kepimpinan dan khidmat yang sangat berharga, dan saya juga mendoakan beliau dikurniakan kesihatan baik sentiasa.

DATUK SERI IR DR WEE KA SIONG
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
1 MEI 2020

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button