“KESIAN AKU DENGAN ORANG MELAYU, SOP TU BAHASA MELAYU PUN TAK PANDAI BACA” – WARIS JAKEL PERLEKEH PELANGGAN KEMUDIAN MOHON MAAF

Waris Jakel Mohon Maaf Selepas Dikecam Netizen

Waris Jakel yang menggunakan nama MuzaffarJakel telah menaikmuat satu posting di laman Instagram miliknya. Dalam kapsyen IG berkenaan, beliau telah membuat kenyataan ‘keras’ dan memerli pelanggan Melayu yang pada pandangannya tidak memahami SOP yang ditetapkan Jakel sebelum pelanggan memasuki premis perniagaan Jakel memandangkan negara masih bergelut dengan wabak Covid19.

Bagaimanapun selepas teruk dikecam netizen, MuzaffarJakel kemudian menaikmuat kenyataan memohon maaf di laman facebook miliknya. Beliau mendakwa beliau bertanggungjawab atas kapsyen awal di IG miliknya dan beliau hanya bekerja dengan abangnya sahaja (pemilik Jakel). Muzaffar turut mendakwa beliau tidak mewakili Jakel apabila menaikmuat kecaman terhadap Orang Melayu.

MuzaffarJakel Mohon Maaf



Kata pepatah MELAYU – Menyesal Dahulu Pendapatan, Menyesal Kemudian Tidak Berguna.

Apa kesan yang akan Jakel terima daripada perbuatan MuzaffarJakel ini? Dalam musim PKP, netizen mempunyai banyak masa melayari laman sosial dan sebarang naikmuat yang sensitif biasanya akan menerima kecaman bertalu-talu. Dalam hal ini Jakel perlu bersedia menghadapi serangan ‘Geng Bawang’ yang akan mempertikaikan segalanya berkaitan Jakel dari pekerja hinggalah pengurusan tertinggi Jakel.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker