Anjing pakar kesan mayat manusia di sebalik abu

Anjing pakar kesan mayat manusia di sebalik abu

Anjing pakar kesan mayat manusia di sebalik abu
KESAN kemusnahan akibat kebakaran hutan di Bandar Lahaina Hawaii. FOTO Matthew A. Foster / DVIDS / AFP

Honolulu: Sebaik pulau Maui di Hawaii pulih daripada kebakaran hutan yang mengorbankan banyak nyawa, anjing pencari khusus digerakkan untuk mencari mangsa yang hilang.

Anjing pengesan mayat ini boleh membezakan mayat manusia daripada bangkai haiwan peliharaan dan haiwan lain.

Sekurang-kurangnya 20 anjing pengesan mayat bekerja keras dengan pasukan penyelamat Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (Fema) sejak Isnin 14 Ogos.



Setiap anjing pengesan mayat yang terbabit dengan operasi pencarian itu pada ketika ini adalah aset yang sudah menjalani latihan intensif selama setahun.

Walaupun begitu, anjing yang dilahirkan dengan personaliti tertentu itu diperlukan untuk mencari mayat manusia di sebalik abu.


Menurut Mary Cablk, seorang pakar dalam pengesanan dan sistem di Institut Penyelidikan Gurun di Nevada iaitu tempat anjing itu dilatih berkata, anjing yang dilahirkan dengan personaliti tertentu diperlukan untuk mencari mayat manusia selepas kebakaran besar itu.

Anjing pakar kesan mayat manusia di sebalik abu
KESAN kemusnahan akibat kebakaran hutan di Bandar Lahaina Hawaii. FOTO AFP

Setiap hari, anjing-anjing pengesan mayat itu boleh melakukan pencarian sehingga membabitkan puluhan rumah yang terbakar.

Menurut Cablk, anjing pengesan mayat dilatih untuk tidak teruja apabila mereka menemui mayat manusia.

Tidak seperti anjing terlatih lain yang berlari ke pengendali, anjing ini hanya akan berbaring setelah mereka menemukan sesuatu.



Anjing-anjing pengesan mayat, sama seperti anjing latihan lain, menerima ganjaran apabila selesai tugasan.

Walaupun anjing dan keupayaan luar biasa mereka untuk mengesan daging manusia di tengah-tengah abu tebal, tugas itu tetap sukar. Lebih 1,300 masih dilaporkan hilang di pulau itu.

Kebakaran hutan Maui disenaraikan sebagai kebakaran tanah hutan liar kelima paling maut dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Kebakaran bermula pada 8 Ogos dan sejak itu sudah membunuh sekurang-kurangnya 101 orang.



Angka kematian melepasi kebakaran hutan Camp Fire di California yang merebak ke seluruh Butte County pada November 2018 dan meragut 85 nyawa.

Kebakaran hutan paling dahsyat dalam sejarah AS adalah pada Oktober 1871 di Peshtigo, Wisconsin di mana lebih 1,500 terkorban.

Anjing pakar kesan mayat manusia di sebalik abu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button