15 tahun beraya di pusat kebajikan, ibu teruja anak beli rumah

Oleh – Syeikh Baran


15 tahun beraya di pusat kebajikan, ibu teruja anak beli rumah
RASIMA bersama seorang anak lelakinya di flat baharunya di Singapura semalam. – Foto Shin Min Daily News

Seorang wanita akhirnya bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri di kediamannya sendiri selepas tinggal di rumah kebajikan selama 15 tahun di Singapura, lapor laman berita AsiaOne hari ini.

Rasima Yunos, 61, kini mampu meraikan hari gembira itu di rumah baharu yang dibeli oleh anak lelaki sulungnya.



Menurut akhbar Shin Min Daily News, Rasima dan seorang lagi anak lelakinya berpindah ke pangsapuri dua bilik di Sengkang, semalam.

Keluarga itu kehilangan rumah pada 2009 selepas suami Rasima meninggal dunia.

Wanita itu tidak mampu membayar balik pinjaman perumahan dan dia tiada pilihan selain menjual pangsapuri empat bilik milik mereka.

Dia kemudian berpindah ke rumah kebajikan, manakala anak lelakinya dihantar ke Rumah Anak Yatim Darul Ihsan. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button