KENYATAAN MEDIA – 144 Ketua Armada Bahagian Menyokong Penuh Perikatan Nasional dibawah Kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

KENYATAAN MEDIA

144 Ketua Armada Bahagian Menyokong Penuh Perikatan Nasional dibawah Kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

1. Tumpuan kini adalah mengukuhkan kerajaan yang ada bagi memastikan ahli parti dan rakyat terus mendapat manfaat dari Kerajaan Perikatan Nasional. Rakyat sedang berharap kerajaan ini akan terus berkhidmat dengan lebih baik.

2. Pimpinan Armada Nasional perlu menghormati struktur berorganisasi dalam parti. Pimpinan Armada Nasional jangan terlalu biadap untuk menjadi ‘jaguh politik dan menjadi lebih sudu dari kuah’.



3. Syed Saddiq sering mengajar Ahli Armada untuk bersifat biadap dengan melanggar struktur parti dengan membelakangkan suara akar umbi dan kenyataan Ketua-Ketua Bahagian.

4. Lupakah pimpinan Armada Nasional bahawa Tun Mahathir sering di ‘gulikan’ oleh parti komponen Pakatan Harapan? Sehingga Tun Mahathir letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Di mana pimpinan Armada Nasional pada waktu itu?

5. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin juga Presiden parti adalah sah dan diperakui oleh Yang Di Pertuan Agong. Adakah kepimpinan Armada Nasional menyoal keputusan YDP? Adakah pimpinan Armada Nasional membelakangkan keputusan YDPA dan Majlis Raja-raja.

6. Beberapa persoalan ingin dilontarkan. Apakah Armada ini Parti dalam Parti? Adakah Armada sesuka hati membuat keputusan dasar untuk Parti? Langsung dengan sifat kebudak budakan pimpinan Armada pusat yang selalu “temper tentrum”.



7. Syed Saddiq adalah pemimpin yang bacul kerana sering kali mengheret Tun Mahathir sebagai perisai beliau sehingga KENYATAAN MEDIA PIMPINAN ARMADA NASIONAL pada 06 Mei 2020 pun, beliau tidak berani meletakkan nama beliau. Bacul sungguh beliau!

8. Armada di peringkat bahagian merasa kenyataan itu tidak mengambarkan keseluruhan pendirian pimpinan Armada dan secara tidak langsung hanya mengeruhkan krisis politik bersatu yang berterusan.

9. Adakah Armada Nasional boleh menyenaraikan Armada Bahagian dan Negeri manakah yang menyokong kenyataan bersama ini? Hal ini tidak pernah dibincangkan bersama Ketua Armada Bahagian dimana terdapat 191 Ketua Armada Bahagian termasuk Sabah. Armada Nasional harus menghormati struktur berorganisasi.

10. Rata-rata Ketua Armada Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak menyokong sepenuhnya pendirian rasmi Armada Pusat pada 6 Mei 2020 yang memutuskan untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

11. Apakah ini polimik politik Syed Saddiq dalam usaha beliau untuk menunjukan kekuatan sokongan di hadapan Tun Mahathir dalam usaha untuk mengekalkan beliau sebagai Ketua Armada Nasional pada pemilihan yang sedang berlangsung.

12. Sebagai EXCO Armada Nasional, saya berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 23 Feb 2020 yang memutuskan Parti Bersatu keluar daripada Gabungan Pakatan Harapan (PH). Keputusan ini kekal sehingga terdapat keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) terbaru.

13. Saya Muzzammil Ismail bersama 144 Ketua Armada bahagian yang lain berpandangan kenyataan yang dikeluarkan Armada dibawah arahan YB Syed Saddiq tidak mengambarkan suara akar umbi dan hanya menyebabkan krisis dalaman parti menjadi lebih teruk.

-TAMAT-

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker