BN hulur sokongan tidak berbelah bahagi kepada Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang berlangsung petang tadi memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata sekiranya terdapat usul tidak percaya di Parlimen, ketetapan telah dibuat supaya semua Ahli Parlimen BN akan mengundi secara en-bloc menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Mesyuarat hari ini juga menyentuh mengenai pendaftaran Perikatan Nasional (PN) secara formal sebagai sebuah parti dan berpandangan ia perlu melalui proses tertentu memandangkan ia gabungan empat parti politik – UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), yang mewakili kelompok terbesar dengan 43 kerusi Parlimen.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *