Barisan Kepimpinan Tertinggi UMNO – PAS Adakan Perbincangan Khas Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengetuai delegasi masing-masing dalam Perbincangan Khas Muafakat Nasional (MN).

Perbincangan khas berkenaan yang pertama kali berlangsung di Pejabat Mufakat Nasional di Menara Dato Onn Kuala Lumpur, turut dihadiri Timbalan Presiden parti masing-masing termasuk barisan kepimpinan tertingginya yang lain.

Perbincangan tersebut bermula kira-kira pada pukul 3.30 petang dan berlangsung dalam keadaan yang muhibbah dan penuh kemesraan sekaligus menggambarkan jalinan muafakat yang dimeterai sebelum ini makin berkembang dan makin erat.

Pada 14 September tahun lalu UMNO dan PAS menandatangani Memorandum Of Understanding (MoU) dengan membentuk Muafakat Nasional. Majlis gilang gemilang itu diadakan di WTC.



Sebelum ini Muafakat Nasional giat menjelajah ke seluruh negara dengan pelbagai program seperti ceramah dan sebagainya lagi. Aktivi berkenaan terhenti seketika setelah wabak Pandemik COVID-19 melanda negara.

Runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan dan penyertaan kedua-dua parti iaitu UMNO dan PAS ke dalam kerajaan Perikatan Nasional, Muafakat Nasioal tetap diperkasa dan terus ditingkatkan oleh kedua-dua parti. -UMNO ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker