PBRS Kekal Komponen BN, Zahid Ketua Whip BN Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memaklumkan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) tidak pernah secara rasmi keluar daripada parti berkenaan dan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN sebelum ini telah dimaklumkan perkara tersebut.

Justeru kata Annuar, PBRS terus kekal sebagai anggota BN dan kini parti tersebut terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan PBRS.

β€œKekeliruan kedudukan PBRS sebelum ini kerana ada pihak tertentu satu ketika dahulu yang membuat pengumuman bahawasanya PBRS telah memilih untuk tidak berada di dalam BN dan ramai anggap BN hanya terdiri daripada tiga parti iaitu UMNO, MCA dan MIC.

β€œKemudiannya kita telah mendapat penjelasan daripada pucuk pimpinan PBRS sendiri mengesahkan bahawasanya PBRS tidak pernah keluar daripada BN dan ini disahkan oleh pucuk pimpinan PBRS dan pelbagai peristiwa politik termasuk PRK, sewaktu memberikan sokongan kepada PM dan sebagainya, PBRS sememangnya sentiasa bersama.



β€œUntuk mengelakkan kesamaran itu berterusan maka dalam mesyuarat dua hari yang lalu Presiden PBRS sendiri, Tan Sri Joseph Kurup telah menghadiri Mesyuarat Dewan tertinggi BN dan sekaligus kita ingin membuat pengesahan secara rasmi bahawa PBRS kekal sebagai anggota BN dan sememangnya tidak pernah ada sebarang tindakan atau pun surat rasmi mereka meninggalkan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pasca Mesyuarat BN, di sini, hari ini. Dua hari lalu Mesyuarat Dewan Tertinggi BN telah diadakan dan dipengerusikan Oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pada sidang media yang sama, Annuar turut memberitahu Mesyuarat Dewan Tertinggi BN sebelum ini juga telah membuat pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Bahagian-Bahagian (Pengerusi BN Parlimen) di semua negeri kecuali Sarawak dan ianya melibatkan 191 parlimen daripada keseluruhan 222 parlimen yang ada di Malaysia.

β€œDewan Tertinggi BN telah meluluskan satu senarai perlantikan dan telah memberi mandat kepada saya untuk mengeluarkan surat perlantikan tersebut,” ujarnya.



Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Dewan Tertinggi BN juga telah sebulat suara untuk melantik Pengerusi BN iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk sebagai Ketua Whip BN di Dewan Rakyat.

β€œKetua Whip Barisan Nasional ini akan menyelaras urusan-urusan berkaitan hal-ehwal Dewan Rakyat dikalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional dengan pihak kerajaan.

β€œMesyuarat Dewan Tertinggi juga bersetuju melantik Tan Sri Noh Omar sebagai Pengerusi Pengerusi BN Selangor, berkuatkuasa daripada tarikh 12hb Mei 2020,” katanya.- UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker