Khai Bahar makin rajin turun gim

Mahu kembalikan stamina dan bentuk tubuh menarik

Khai Bahar makin rajin turun gim

Khai Bahar makin rajin turun gim
Khai Bahar buat badan demi kembalikan stamina selepas dijangkiti Covid-19.
MAHU mengembalikan semula stamina tubuh, penyanyi Khai Bahar memulakan rutin senaman di gimnasium dan mengamalkan pemakanan sihat.

Kata Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, dia kembali menjalani gaya hidup sihat dan menjaga kesihatan selepas mula merasai kesan pasca jangkitan Covid-19.

“Saya sebenarnya nak pulihkan stamina sahaja, itu sebab selalu pergi gim. Bila dah kena Covid-19 rasa nak nyanyi dah lain semput dan tak selesa.

Khai Bahar makin rajin turun gim
Khai Bahar nak pikat hati peminat dengan tubuh badan.

“Jadi saya nak stamina macam dulu untuk persembahan,” katanya kepada mStar.



Khai berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu terbaharu iaitu Selagi Ku Ada bersama Nabila Razali di ibu kota, baru-baru ini.

Tambah Khai, sebagai penghibur dia juga mahu kelihatan menarik dan memiliki bentuk badan yang cantik.

“Kita nak hiburkan orang kena bagi elok. Bila kita buat persembahan orang nampak wow. Kita cuba perbaiki sikit-sikit.

“Setiap hari saya akan luangkan masa selama dua jam untuk gim dan saya selitkan masa senaman yang disarankan jurulatih perbadi saya.



“Saya cakap dekat dia saya nak stamina saya balik sebab sebelum ini saya kena Covid-19,” katanya lagi.

Khai Bahar makin rajin turun gim
Khai Bahar syukur dapat stamina seperti dulu.

Dia turut memaklumkan segala usahanya tidak sia-sia apabila staminanya di atas pentas kembali seperti dahulu dan badannya juga kelihatan lebih menarik.

“Alhamdulillah dah tak macam dulu, ada perubahan. Pemakanan pun saya jaga cuma kadang-kadang cheat day juga. Tapi saya memang seorang yang jaga makan juga,” ujarnya.

Bercakap mengenai perancangan tahun ini, Khai memberitahu dia bakal muncul dengan lagu baharu bersama penyanyi Adira Suhaimi.



Khai Bahar sanggup ‘tinggal’ peminat

Khai Bahar makin rajin turun gim


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button