Sanggup bayar RM368,000 ‘dating’ bersama Bouchard

LONDON: ‘Penyokong gila’ membayar 70,000 pound (RM368,000) untuk janji temu makan malam bersama bintang tenis, Eugenie Bouchard dan semua wang itu akan disalurkan kepada badan kebajikan.

Bouchard ‘melelong’ pakej itu yang turut memberikan peluang kepada pemenang untuk menyaksikan dia bermain tenis sebagai sebahagian cabaran ‘All In Challenge’ dengan kerjasama badan kebajikan Amerika Syarikat, ’15 Seconds Fame’.

Sebanyak 37 bidaan diletakkan dan tawaran bermula pada 2,000 pound (RM10,534) namun tiada siapa yang dapat memintas bidaan tertinggi yang dilakukan individu tanpa nama itu.

Bidaan terbabit jelas mengejutkan bekas pemain nombor lima dunia itu yang melakukan hantaran di Instagram dengan berkata ‘ini adalah gila. Anda semua memang hebat.’



Pemenang bertuah itu serta seorang tetamu akan pergi ke kejohanan pilihan mereka iaitu Terbuka Amerika Syarikat, Terbuka Perancis, Wimbledon atau Terbuka Australia dan Bouchard akan menaja tiket penerbangan mereka.

“Duduk di tempat bintang tenis dan mendapat raket serta kasut sukan yang ditandatangani Genie sendiri.” -Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker