Ryan Deedat Sedang Kenali Hati Budi Seseorang

Rezeki Ditawar Pula Jadi Duta Selepas 13 Tahun Dalam Seni

Ryan Deedat Sedang Kenali Hati Budi Seseorang

Ryan Deedat Sedang Kenali Hati Budi Seseorang

Penyanyi Ryan Deedat tidak menafikan dirinya kini sedang mengenali hati budi wanita yang juga seorang model berusia 28 tahun.

Bagaimanapun setakat ini, Ryan, 31, belum terfikir untuk memulakan perhubungan ke satu fasa yang lebih serius memandangkan masih banyak komitmen serta keutamaan lain yang perlu didahulukan.

Ryan Deedat Sedang Kenali Hati Budi Seseorang

“Saya kini sibuk mengatur semula kehidupan dan membina semula kerjaya selepas ‘senyap’ seketika selepas pemergian arwah ibu dan adik.

“Sejujurnya, saya sedang selesa berada dalam proses berkenalan. Masih awal untuk memikirkan soal perkahwinan kerana saya mahu kukuhkan dulu kewangan dan memberikan fokus terhadap kerjaya.

“Saya kumpulkan kekuatan selepas adik meninggal dunia pada Julai 2021 dan kemudian ibu pula pergi menghadap Illahi Mac tahun lalu.

“Tidak dinafikan, saya ketika itu hampir hilang kawalan diri tetapi kini saya cuba untuk bangkit semula sekaligus mahu merencana perjalanan kerjaya dengan lebih baik,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Penyanyi lagu Salimah itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta jenama JV Craft & Gifts di Setia Alam, baru-baru ini.

Selain Ryan, majlis turut dihadiri Pengarah JV Craft & Gifts, Alvin Goh bersama Pengarah Urusan JV Craft & Gifts, Janice Mok.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai perlantikannya sebagai wajah wakilan bagi hab sehenti barangan perkahwinan JV Craft & Gifts, Ryan menganggap peluang yang hadir sebagai rezeki terpijak.

Ryan Deedat Sedang Kenali Hati Budi Seseorang

Ryan Deedat Sedang Kenali Hati Budi Seseorang

“Selepas sekian lama diam, tiba-tiba rezeki ini hadir.  JV Craft & Gifts merupakan one stop centre yang menjual pelbagai keperluan untuk majlis perkahwinan seperti doorgift, bunga telur, dulang hantaran, bunga hiasan, pokok viral, aksesori rumah, reben dan lace.

“Saya sendiri tak sangka, peluang menjadi duta ini datang selepas saya mengacarakan sebuah ekspo perkahwinan tahun lalu. Mereka melihat kesungguhan dan komitmen yang diberikan.

“Insya-Allah, saya bakal melancarkan single raya dengan kerjasama JV Craft & Gifts berjudul Hantaran Raya tidak lama lagi, semuanya dalam perbincangan dan setakat ini progresnya sangat baik.

“Saya tidak pernah ditawarkan menjadi duta bagi jenama lain, ini merupakan anugerah pertama semenjak 13 tahun dalam dunia seni. Saya sangat bersyukur dan akan mengalas tugas sebagai duta dengan penuh disiplin dan bersemangat serta melaksanakan tugas sebaiknya,” katanya lagi.

Ryan Deedat Sedang Kenali Hati Budi Seseorang

 

Ryan Bakery serik jawab panggilan, susah percaya orang

Ryan Deedat Sedang Kenali Hati Budi Seseorang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker