Insiden kren tumbang Mekah: Kumpulan Saudi Binladin didenda RM 23.49 juta

Insiden kren tumbang Mekah: Kumpulan Saudi Binladin didenda RM 23.49 juta

Insiden kren tumbang Mekah: Kumpulan Saudi Binladin didenda RM 23.49 juta
LEBIH 100 orang maut dalam insiden kren tumbang di Masjidil Haram di Mekah pada 11 September 2015. – AFP

DUBAI: Mahkamah di Mekah mengenakan denda sebanyak 20 juta riyal (RM23.49 juta) ke atas Kumpulan Saudi Binladin dan menjatuhkan hukuman penjara terhadap tujuh individu berhubung insiden kren tumbang di Masjidil Haram pada 2015.

Akhbar Okaz melaporkan syarikat itu didenda 20 juta riyal atau kira-kira AS$5.3 juta atas kecuaian dan pelanggaran beberapa peraturan keselamatan.

Jelas laporan itu, tiga defendan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan dan didenda 30,000 riyal (RM35,211) manakala empat lagi dihukum penjara tiga bulan dan denda 15,000 riyal (RM17,605).



Laporan akhbar itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama mahupun kerakyatan defenden berkenaan.

Mahkamah juga memutuskan syarikat itu tidak perlu membayar wang pampasan kepada keluarga mangsa yang terbunuh.

Sehingga kini, Kumpulan Saudi BinLadin masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Syarikat itu mempunyai hubungan rapat dengan keluarga diraja Saudi selama beberapa dekad dan menjalankan projek pembinaan utama.



Tragedi kren tumbang pada 2015 itu menjadi insiden yang cukup memalukan bagi keluarga diraja Saudi, berikutan peranan mereka sebagai penjaga tapak paling suci bagi umat Islam.

Lebih 100 orang terbunuh dalam insiden kren kren tumbang di Masjidil Haram di Mekah pada 11 September 2015.

Kren seberat 1,350 tan itu tumbang di Masjidil Haram, sebelum serpihan konkrit menimpa jemaah haji yang berada di sekitar kawasan itu.

Kurang dua minggu selepas insiden kren tumbang, lebih 2,400 jemaah lagi terbunuh akibat rempuhan dalam kalangan jemaah haji . – AP



SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?

 

Insiden kren tumbang Mekah: Kumpulan Saudi Binladin didenda RM 23.49 juta

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button