COVID-19: Tiada kluster baharu dilaporkan di Singapura

SINGAPURA: Dalam tempoh lebih enam minggu, Singapura semalam, buat kali pertama tidak merekodkan pertambahan kluster baharu COVID-19.

Kementerian Kesihatan Singpura berkata, kali terakhir tiada kluster baharu ialah pada 8 April, iatu sehari selepas tempoh ‘pemutus rantaian’ dimulakan, lapor agensi berita CNA.

Semalam, Singapura melaporkan 548 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 31,616 kes dengan kebanyakannya itu dikesan dalam kalangan pekerja asing yang mendiami asrama pekerja.

Kementerian itu memperincikan kes baharu COVID-19 itu mempunyai pertalian dengan 69 kluster jangkitan wabak berkenaan.

S11 Dormitory @ Punggol iaitu penempatan asrama yang mempunyai kapasiti 13,000 orang adalah kluster terbesar di Singapura, yang mana 88 kes baharu semalam, mempunyai kaitan dengan asrama itu dan menjadikan keseluruhan sebanyak 2,679 kes.

Asrama pekerja asing yang mencatatkan kes tertinggi ialah Sungei Tengah Lodge dengan 1,952 kes, Asrama Tuas View (1,319 kes) dan Asrama Jurong Penjuru (1,066 kes).

Sejak Singapura memulakan langkah pemutus rantaian jangkitan, negara itu mencatatkan bilangan tinggi harian kluster baharu pada 30 April lalu. Pada hari berkenaan, ia melaporkan 12 kluster baharu, termasuk satu daripadanya di Institut Kesihatan Mental.

Sejak 7 April lalu, ia adalah satu-satunya hari yang kes baharu harian di negara itu merekodkan dua digit. Sementara itu, sejak 19 Mei, jumlah kluster COVID-19 baharu yang dilaporkan mempunyai kaitan antara satu atau dua lokasi. – Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker