Indonesia kuat kuasa VAT kepada syarikat gergasi internet mulai Julai

JAKARTA: Indonesia akan mewajibkan syarikat teknologi global membayar Cukai Nilai Tambah (VAT) di atas penjualan produk dan perkhidmatan digital mulai Julai ini.

Ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu akan mengenakan cukai VAT sebanyak 10 peratus kepada syarikat internet tanpa pejabat fizikal yang mempunyai kedudukan ekonomi yang signifikan di pasaran Indonesia, termasuk perkhidmatan penstriman, aplikasi dan permainan digital dalam talian bermula 1 Julai.

Menurut peraturan yang disiarkan laman web Menteri Kewangannya, pihak berkuasa Indonesia sebelum ini mengatakan perkhidmatan penstriman seperti Spotify dan Netflix antara yang dikenakan dengan cukai baharu itu, namun setakat ini tiada syarikat memberikan ulasan mengenainya.

Penganalisis pula mengatakan pandemik COVID-19 semakin mendesak sebahagian besar negara di seluruh dunia untuk mengenakan cukai kepada syarikat gergasi internet, yang dapat melihat peningkatan pendapatan ketika rakyat kekal berada di rumah ketika penguatkuasaan perintah berkurung.



Felo Chatham House Asia, Vasuki Shastry, berkata dengan keadaannya pencukaian digital, impak pandemik COVID-19 akan berkurangan.

“Sekiranya ada cukai digital, ekonomi negara semakin berkembang. Kekangan fiskal disebabkan COVID-19 menjadikannya tidak dapat dihentikan,” katanya.

Hampir 140 negara dari Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) sedang merundingkan penulisan semula peraturan cukai pertama bagi menambah baik kenaikan syarikat teknologi gergaji seperti Amazon, Facebook, Apple dan Google yang sering mencatatkan keuntungan dengan harga yang cukai rendah.

Terdahulu, Perancis mengumumkan rancangan untuk mengenakan kutipan cukai digital tahun ini.



Kemelesetan ekonomi akibat pandemik COVID-19 dijangka mengakibatkan banyak negara memerlukan tambahan tunai untuk merangsang semula kemelesetan ekonomi.

Dengan hampir 270 juta penduduk, ekonomi digital Indonesia berkembang pesat dan dijangka mencapai AS$130 bilion (RM567.25) pada tahun 2025, menurut kajian oleh Google, Temasek Holdings dan Bain & Company.

Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati mengatakan bahawa mengenakan VAT ke atas produk internet seiring perubahan corak penggunaan internet orang ramai khususnya pada ketika larangan keluarga bertujuan mengekang penularan COVID-19. – AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading