Dekorasi pelita, damar raya ceriakan suasana Aidilfitri di Terengganu

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Edr84jdzrVo[/embedyt]
KUALA NERUS, 27 Mei — Gabungan kreativiti dan semangat untuk mengembalikan nostalgia kemeriahan Aidilfitri pada zaman dahulu mendorong penduduk di beberapa kampung menghias halaman rumah dengan ratusan lampu pelita. Pelbagai replika direka antaranya berbentuk kapal, hiasan pelita di taman mini, kereta, basikal tua dan vespa yang sudah tidak digunakan lagi serta paling istimewa adalah pemasangan damar raya yang diperbuat daripada susunan tempurung kelapa setinggi tiga hingga empat meter.

Leave a Reply