KENYATAAN MEDIA MENTERI PENGANGKUTAN 28 MEI 2020 – PELANTIKAN PENGERUSI DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF CAAM

 

Saya mengalu-alukan pelantikan Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman dan Encik Chester Voo Chee Soon sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang baharu, berkuatkuasa pada hari Isnin, 1 Jun 2020.

Sebagai Menteri Pengangkutan, saya melantik Datuk Mohd Khairul mengikut Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 [Akta 788] di bawah Seksyen 5(1) manakala pelantikan Encik Voo pula mengikut Seksyen 21 selepas disyor dan dipertimbangkan oleh CAAM.



Datuk Mohd Khairul merupakan seorang penjawat awam profesional yang telah berkhidmat selama lebih 3 dekad. Ketika ini beliau bertugas sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Malah, sebelum itu beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.

Manakala Encik Voo pula merupakan seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan terkemuka dengan memiliki pengalaman yang luas dalam industri penerbangan. Beliau telah berkhidmat di beberapa buah syarikat penerbangan dan tugas terakhir yang beliau galas adalah sebagai pengarah operasi penerbangan di sebuah syarikat penerbangan domestik. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam kedua-dua sektor swasta dan penerbangan awam.

Saya yakin kedua-dua mereka ini akan banyak membantu Kerajaan meningkatkan kecekapan serta keselamatan penerbangan awam sehingga mencapai kelas dunia dalam industri penerbangan. Antara tugas utama yang sedang kita hadapi bersama adalah usaha mengembalikan status penarafan dunia Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) ke Kategori 1, sepertimana pencapaian kita pada tahun 2003 lalu.

……….



APPOINTMENT OF CAAM CHAIRMAN AND CEO

I am pleased to welcome Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman and Mr Chester Voo Chee Soon as the new Chairman and Chief Executive Officer respectively of the Civil Aviation Authority of Malaysia effective Monday, 1 June 2020.

As Minister of Transport, I had appointed Datuk Khairul based on Section 5(1) and appointed Mr Voo, upon considered recommendation of the Authority, under Section 21 of the Civil Aviation Authority of Malaysia Act 2017 (Act 788).

Datuk Khairul has been a professional civil servant for more than 3 decades who currently serves as Director-General of the Public Service Department (JPA). He had previously served as the Secretary-General of the Ministry of Transport.



Mr Voo, an accomplished airline pilot, brings a wealth of experience in the aviation industry. He had flown for several airlines before his latest position as director of flight operations for a domestic airline. His experience is corroborated by his peers in both the private and public aviation sectors.

I trust that they would do much to help the Government improve the industry’s commitment to world-class efficiency, safety, and security of civil aviation. One of the main tasks facing us together is to restore Malaysia’s FAA status to Category 1, which was obtained in 2003.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
28 MEI 2020



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button