“SEMALAM HANG PECAT AKU, HARI NI AKU PECAT HANG” – MAHATHIR PECAT SUK BERSATU

Sazmi Miah SUK BERSATU Baru Ganti Suhaimi Yahya

Tun Mahathir hari ini mengumumkan pemecatan SUK BERSATU Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan melantik Sazmi Miah sebagai SUK BERSATU yang baru.

Keadaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia semakin huru hara dan menyebabkan ramai ahli terpinga dengan apa yang sedang berlaku.

“memandang bahawa Setiausaha Kerja ini (Suhaimi Yahya) sudah exceed dia punya powers, saya buat keputusan untuk lucut jawatan SUK ini, so sekarang Suhaimi bukan lagi Setiausaha Kerja, dia tiada hak untuk tulis surat apa semua sebagai SUK atau guna kertas parti BERSATU” – Mahathir

Main Pecat Memecat

Situasi terbaru ini sangat mengelirukan dengan spekulasi perletakkan jawatan lebih dari seorang dari ahli BERSATU dari kabinet kerajaan yang dijangkakan hari ini. Mereka juga dispekulasikan akan memberi sokongan penuh kepada Tun M dan Pakatan Harapan. Jika benar berlaku peralihan sokongan maka kerajaan Muhyiddin sudah kehilangan majoriti sebagai sebuah kerajaan.

Apa yang mampu Presiden BERSATU lakukan sekarang? Solusi paling mudah hanyalah lupuskan parti BERSATU dan singkir pemberontak sekaligus atau mohon perintah darurat sepenuhnya dari Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi menjamin kestabilan negara dari sebarang kucar kacir politik.

 

One thought on ““SEMALAM HANG PECAT AKU, HARI NI AKU PECAT HANG” – MAHATHIR PECAT SUK BERSATU

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
%d bloggers like this: