Dua maut kereta berlanggar dengan van

Dua maut kereta berlanggar dengan van

Dua maut kereta berlanggar dengan van
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit setelah kereta dinaiki berlanggar dengan van pekerja di Jalan Beruas. – Foto NSTP/Ihsan BBP Pantai Remis

PANTAI REMIS: Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Kelisa dengan sebuah van pekerja di Jalan Beruas, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali Fatimah Mohd Ali, 64, dan Mohd Ibrahim Md Deram, 77, manakala dua mangsa cedera adalah Osman Uzmi Chulan, 70, serta Fazlina Mohd Ibrahim, 53, dan semua mereka menaiki kereta sama.

Difahamkan, pemandu van pekerja terbabit seorang wanita sudah dibawa ke hospital lebih awal.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis, Penolong Penguasa Bomba Akmal Azizi Elias, berkata pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 9.04 pagi.

“Dua mangsa yang tersepit dibawa keluar oleh bomba. Bagaimanapun, mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM).

“Seorang penumpang lelaki patah kaki, manakala penumpang perempuan cedera ringan.

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut. Mayat mangsa yang maut pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Katanya, operasi yang membabitkan tujuh anggota bomba itu tamat jam 11.05 pagi.

https://my-tv.online/2022/09/28/kapal-berlanggar-sudah-bergerak-ke-pelabuhan/

Dua maut kereta berlanggar dengan van


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading