Bencana hari perkahwinan

Bencana hari perkahwinan

Bencana hari perkahwinan
PENGANTIN lelaki di China menendang isterinya selepas mengetahui wanita itu hamil. FOTO Agensi.

 

Beijing: Satu perkahwinan di wilayah JiuJiang, China berubah huru-hara apabila pengantin lelaki menendang pengantin perempuan hingga jatuh pelamin, sebaik mengetahui wanita itu hamil.

Portal The Thaiger yang memetik media tempatan melaporkan, lelaki itu bertindak demikian selepas menerima pesanan mesej daripada bekas teman lelaki isterinya ketika upacara perkahwinan berlangsung.



Selepas membaca mesej itu, pengantin lelaki dengan berangnya menyoal wanita berkenaan di hadapan tetamu termasuk jurugambar dan pengacara majlis.

Dia menuntut penjelasan dan mempersoalkan mengenai bapa kepada bayi dalam kandungan, memandangkan hubungan mereka yang bermula sebulan sebelum perkahwinan itu.

Mendakwa tidak bersalah, wanita itu merayu suaminya dengan memberitahu dia mahu berkongsi berita ‘gembira’ berkenaan tetapi tidak berpeluang.

Dia juga bertegas yang bayi dikandung adalah anak lelaki itu selepas hubungan mereka mekar ketika janji temu pertama.



Mendengar penafian itu, pengantin lelaki menuntut pengesahan sebenar tetapi wanita berkenaan tetap dengan pendiriannya, sambil menegaskan bayi itu bukan daripada benih teman lelakinya, lapor KhaoSod.

Kemuncak pertelingkahan membawa kepada tindakan pengantin lelaki menendang isterinya, dan memarahi wanita itu serta tidak mempercayai apa sahaja yang diperjelaskan.

Dia kemudian membatalkan perkahwinan kerana tidak sanggup menanggung malu apabila memikirkan perlu membesarkan anak lelaki lain.

Bencana hari perkahwinan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Zahid Selamat Jalani Pembedahan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button