Polis Ipoh siasat dakwaan aktiviti jenayah dilindungi

Ipoh: Polis akan menjalankan siasatan terperinci terhadap kenyataan palsu yang tular di media sosial Facebook mendakwa kononnya polis melindungi aktiviti jenayah di beberapa kawasan di Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata polis memandang serius dakwaan dan menyiasat kesahihan tohmahan itu.

Menurutnya, seorang pemilik akaun Facebook (Fb) ‘Antidadahrasuah Tamanku’ memuat naik kandungan kononnya mendedahkan nama beberapa kawasan yang dikatakan menjadi tumpuan aktiviti jenayah.



“Antara kawasan dikatakan menjadi tumpuan aktiviti jenayah narkotik dan penjualan mercun, iaitu di kawasan Pengkalan, Pasir Puteh, Kampung Sri Kinta, Station 18 dan Kampung Cempaka Sari di Ipoh.

“Pengguna akaun Fb itu mendakwa kononnya pihak polis melindungi aktiviti jenayah dan mempunyai

masalah integriti,” katanya dalam satu kenyataan media di sini malam ini.

Yahaya berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Tambah beliau orang awam dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap tohmahan ini sehingga menjejaskan siasatan pihak polis.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button