Kurang yakin, keliru SOP faktor peniaga pasar malam kurang – Exco N.Sembilan

SEREMBAN, 15 Jun — Peniaga dan pengunjung dilihat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dengan memakai pelitup muka ketika tinjauan di pasar malam Seremban Jaya, hari ini. Tinjauan turut mendapati hanya lapan gerai yang menjual makanan dan pakaian dibuka malam ini berbanding hari biasa iaitu sebanyak 200 tapak gerai pada satu-satu masa. — fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
BERITA BERKAITAN
Sarawak buka sektor pelancongan dengan SOP ketat
Masjid, surau di Wilayah Persekutuan dibuka untuk solat jemaah esok – JAWI
AddThis Sharing Buttons
Share to Facebook
Share to TwitterShare to WhatsAppShare to More
15/06/2020 11:33 PM

SEREMBAN, 15 Jun — Kurang keyakinan dan keliru mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan menjadi antara faktor kurangnya peniaga pasar malam di beberapa kawasan di Negeri Sembilan, selepas ia dibenarkan beroperasi bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong berkata tinjauannya di dua pasar malam di Lukut, Port Dickson dan Seremban Jaya mendapati kurang daripada 30 peratus peniaga menjalankan aktiviti jualan mereka, malam ini.

“Pihak Berkuasa Tempatan dan kerajaan negeri mahu membantu peniaga kecil kita supaya mereka boleh memulakan perniagaan. Tidak perlu bimbang dan datang (berniaga), kita akan pastikan setiap peniaga mematuhi SOP,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di tapak pasar malam Seremban Jaya di sini, yang turut dihadiri Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban Datuk Zazali Salehudin.

Teo berkata pihaknya akan memastikan kesemua pasar pagi, pasar malam dan pasar terbuka mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19.

“Pengunjung pula diingatkan supaya mengamalkan jarakan sosial serta memastikan tidak membawa kanak-kanak di bawah umur 13 tahun bersama,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply