COVID-19 di Indonesia: 46,845 kes positif 2,500 kematian

JAKARTA, 22 Jun  — Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 46,000, susulan penambahan 954 kes baharu bagi tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 35 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sehingga kini berjumlah 2,500 orang.

“Kes positif kini 46,845 manakala sebanyak 12,999 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 728 kes, diikuti provinsi Jakarta (586 kes), Jawa Barat (171), Kalimantan Selatan (165) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.



— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button