KPF MELABUR DALAM BIDANG PEMBUATAN KERTAS MESRA ALAM DI CHINI

RM10 JUTA SEBAGAI PELABURAN AWAL, JANGKA PULANGAN BAIK KEPADA PEMEGANG SAHAM KPF

 

Pahang bakal pengeluar kertas mesra alam dengan pembinaan kilang Green Technology Park (GTP) di Pekan. Anggaran keseluruhan kos bernilai RM2 Billion, pembinaan kilang di Mukim Lepar Daerah Pekan dijangkakan mampu menghasilkan 15 juta tan EFB ( Empty Fruits Bunches) dari 25 juta tan hasil pulpa sawit, GTP mampu menjimatkan sebanyak 255 juta pokok ditebang setiap tahun dengan menggunakan teknologi mesra alam apabila beroperasi penuh.

Koperasi Permodalan Felda (KPF) melihat industri teknologi mesra alam sebagai satu bidang yang baik untuk diceburi. Lantaran pembinaan kilang tersebut di Chini, KPF mengambil peluang untuk melabur dengan konsep serampang dua mata bagi memberi manfaat kepada Felda Chini yang mengusahakan tanaman sawit. Menurut Setiausaha KPF, Hj Norzuki Mustafa pelaburan sejumlah RM10 juta dalam NEXTGREEN GLOBAL BERHAD merupakan langkah awal mengembangkan sebahagian perniagaan yang diceburi. Beliau tidak menolak KPF akan menambah jumlah pelaburan dalam jangka panjang apabila GTP beroperasi sepenuhnya.

Memandangkan pembinaan GTP berada dalam kawasan Chini, bekalan pulpa sawit tidak menjadi masalah dan ini sebahagian tambah nilai kepada Felda dan peneroka secara tidak langsung. Selain melabur dalam bidang mesra alam, KPF turut mempunyai rangkaian pelaburan yang luas bagi memastikan pulangan dividen yang baik kepada pemegang saham KPF yang terdiri daripada Peneroka Felda sendiri.

Mou antara NEXTGREEN GLOBAL dan Koperasi Permodalan Felda turut disaksikan Menteri Besar Pahang, YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Pekan Dato Sri Najib Tun Abdul Razak. Turut hadir dalam majlis MoU tersebut calon Pilihanraya N23 Sharim Md Zain yang merupakan Generasi Kedua Felda Chini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *