KONTROVERSI AL-JAZEERA, NETIZEN ‘SEMBUR’ MENTERI

‘SKUAD BAWANG’ BERSAMA RAKYAT MALAYSIA LANCAR SERANGAN MAYA TERHADAP AL-JAZEERA

 

Kontroversi yang dimulakan Al Jazeera memburukkan layanan Malaysia terhadap imigeran ketika pandemik covid19 terus menerima kecaman netizen seluruh negara. Ditambah dengan tindakan yang dikenakan terhadap seorang pengacara kerana menggelarkan Al Jazeera sebagai Al Jahiliyah, kemarahan terus marak apatah lagi bila Menteri Komunikasi dan Multimedia dilihat tidak bertindak tegas terhadap stesen tv tersebut berikutan laporan tidak benar yang dilakukan.



MENTERI KESAL GELARAN AL JAHILLIYAH

Dalam pada itu, satu klip video seorang doktor pakar pergigian luar negara yang memuatnaik kisah bagaimana Malaysia menangani covid19 serta kaedah yang diterapkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan turut menjadi mangsa sekatan di facebook dan youtube. Video berkenaan tular hampir ke seluruh dunia dan menjadi rujukan rakyat pelbagai negara bagaimana sebuah kerajaan (Malaysia) menangani pandemik dengan memberi pelbagai bentuk bantuan sokongan kepada rakyat dan bukan rakyat (termasuk pendatang asing) yang terperangkap dalam Malaysia ketika kemuncak serangan covid19 berlaku.



Pengacara sebuah stesen tv tidak dapat menahan geram lantas menggelarkan Al Jazeera sebagai Al Jahilliyah semasa menjadi hos dalam rancangan tv tersebut. Bagaimanapun Menteri KKMM meluahkan rasa kesal beliau terhadap pengacara dan stesen tv telah mengambil tindakan menggantung tugas pengacara tersebut.

Tindakan Menteri yang tidak tegas terhadap Al Jazeera tetapi meluahkan kekesalan terhadap pengacara telah menimbulkan kontroversi baru dan kini menjadi perdebatan media sosial. Netizen yang agak marah dengan sikap Menteri menulis pelbagai komen negatif dan ini agak tidak baik untuk sebuah kerajaan yang baru di bentuk tidak sampai 6 bulan.

NETIZEN LUAH KEMARAHAN TERHADAP MENTERI DAN AL JAZEERA



Netizen membandingkan apa perubahan yang dibawa oleh kerajaan selepas era pemerintahan Pakatan Harapan dan perbandingan ini menjurus kepada pegangan politik Menteri KKMM sebelum peralihan kerajaan. Mereka turut mendesak Perdana Menteri berbuat sesuatu sebagai pengajaran terhadap mana mana pihak yang memburukkan kerajaan dengan perkara yang tidak benar. Rujukan bagaimana kerajaan berusaha dengan keras dan baik boleh diakses menerusi pelbagai medium selain laporan harian secara langsung daripada pihak yang terbabit jadi dari manakah sumber stesen Al Jazeera dapati bagi ‘menghalalkan’ niat buruk mereka merosakkan reputasi negara menangani Covid19, penularan dan layanan terhadap semua rakyat tanpa sempadan?

Pihak berkuasa turut membuka kertas siasatan terhadap Al Jazeera manakala individu yang ditemubual stesen tersebut kini diburu pihak imegresen.



 

Persoalannya mampukah Perdana Menteri berbuat sesuatu bagi meredakan kemarahan rakyat dan gelombang netizen terutama ‘Skuad Bawang’ yang menyerang 24 jam tanpa henti selagi tiada tindakan tegas di ambil dan pengacara yang digantung tugas dilepaskan dari tindakan tatatertib kerana membela kerajaan Malaysia dari dimalukan di mata dunia? Menteri KKMM sendiri merupakan seorang yang terbuka dan mahu media diberikan kebebasan bersuara namun apabila tindakan terhadap pengacara yang menggelarkan Al Jazeera sebagai Al Jahiliyah keterbukaan dan kebebasan media seakan hampir pasti tertutup.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button