Dua anggota kumpulan K-pop, iKON cedera dalam nahas jalan raya

 

SEOUL, 14 Julai — Dua anggota kumpulan K-pop, iKON cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam nahas jalan raya, menurut polis Selasa.

Van yang membawa Ju-ne dan Jinhwan terbabit dalam nahas jalan raya di Namhae, wilayah Gyeongsang Selatan, pada 3.40 pagi Isnin, lapor agensi berita Yonhap.



Kereta itu dipandu kenalan mereka dan ujian pemeriksaan mendapati pemandu berkenaan mabuk.

YG Entertainment, syarikat pengurusan iKON, mengeluarkan permohonan maaf dan berikrar akan menyiasat nahas itu.

iKON memulakan karier mereka pada 2015 dengan single digital “My Type” dan popular dengan lagu “Love Scenario”, album kedua “Return” diterbitkan pada awal 2018.

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button