Buruh warga Bangladesh didakwa beri suapan RM1,000

Buruh warga Bangladesh didakwa beri suapan RM1,000

Buruh warga Bangladesh didakwa beri suapan RM1,000
SHAHIN Alam mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi suapan RM1,000 kepada seorang anggota penguat kuasa MBIP di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

JOHOR BAHRU: Buruh binaan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada pembantu penguat kuasa, Februari lalu.

Tertuduh, Shahin Alam, 30, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Shahin didakwa memberi suapan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada pembantu penguat kuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sebagai dorongan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas sebuah premis kerana melanggar syarat lesen perniagaan di Kawasan Perindustrian SILC, Nusajaya Square, Iskandar Pu­teri, kira-kira pukul 6 petang, 15 Februari lalu.



Dia didakwa di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan wang atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan


Pendakwaan dikendalikan Pe­gawai Pendakwa SPRM, Ikh­wan Ihsan Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam, R. Jegathisvaran.



Pihak pendakwaan mencadangkan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan dua orang penjamin warga tempatan dan syarat tambahan perlu melaporkan diri ke Pejabat SPRM Johor Bahru sebulan sekali.

Mahkamah kemudian mene­tapkan RM10,000 sebagai bayaran ikat jamin dengan seorang penjamin warga tempatan selain perlu melaporkan diri ke Pejabat SPRM Johor Bahru sebulan sekali.

Mahkamah turut menetapkan 20 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi tujuan serahan dokumen. – UTUSAN

Buruh warga Bangladesh didakwa beri suapan RM1,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading