MAHATHIR ‘BLACKOUT’ PERLU INGAT ‘INTERNET TIDAK PERNAH LUPA’

PENGLIPURLARA BLACKOUT JADI TUMPUAN

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2020/07/20200719_1.mp4[/KGVID]

Ternyata program anjuran ‘BERSATU HITAM’ (haluan kiri) pada Sabtu lepas membuka lebih banyak kemusykilan akan kenyataan serta bagaimana Tun Mahathir meletakkan jawatannya.

Terlalu banyak gelagat ‘penipuan’ berlaku dalam sessi ceramah Mahathir yang hanya menjurus kepada Dato Sri Najib Razak sebagai subjek punca kejatuhan Pakatan Harapan pada Februari 2020.



Mengapa Tun M enggan menyatakan keengganan beliau memberi laluan kepada Anwar Ibrahim sebagai punca sebenar krisis dalaman PH? Perjanjian awal yang dipersetujui Pakatan Harapan ialah Mahathir perlu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim apabila mencapai ‘HAUL’ 2 tahun pemerintahan PH.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=mvKIpCuJYRE[/embedyt]

Bagaimanapun Tun M masih menuding serta menghalakan muncung kepada Najib walau pada tarikh dan masa yang dikatakan Mahathir, Najib hanyalah Ahli Parlimen Pekan dan Ketua Bahagian Umno Pekan. Tuduhan Mahathir semua yang berlaku merupakan angkara Najib sememangnya pelik. Apa jawatan Najib pada ketika itu? Presiden Umno, Presiden PPBM atau Duta Diplomatik Khas bagi mencatur semua parti politik sehingga Mahathir dakwa Najib punca perpecahan PPBM?



Imbas semula waktu kritikal ketika beliau (Tun M) dilantik sebagai Perdana Menteri Interim, Pakatan Harapan sendiri berbelah bahagi apabila menamakan siapa yang mereka calonkan sebagai Perdana Menteri. Wujud 2 kem menamakan 2 nama Anwar – Mahathir yang mereka yakini beroleh sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Perkara ini tidak pula disentuh ketika ceramah Blackout kerana perkara tersebut akan membuka lebih banyak tembelang krisis PH di mata rakyat selain kebobrokan pemerintahan 22 bulan mereka.

Rakyat terus menilai Pakatan Harapan dan blok bebas BERSATU BLACKOUT serta kemampuan mereka untuk kembali menubuhkan kerajaan. Dengan keadaan ‘caca marba’ mampukah mereka kembali? Kini mereka (PH) memfokuskan kepada usul undi tidak percaya Langkawi terhadap Pagoh dalam Sidang Parlimen. Bagaimana pula dengan apa yang rakyat harapkan dalam keadaan pasca covid19 yang kini seperti ada gelombang kedua bakal melanda ekoran kedegilan serta kewujudan kluster baru covid19?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button